Tahniah atas kemenangan calon BN di Tg Piai

PAS mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional dan calonnya Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng serta MCA kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam PRK yang bersejarah dan amat bermakna ini.

Advertisement

Kemenangan ini pasti menguatkan lagi Blok Pembangkang bukan sahaja dari segi bilangan kerusinya juga keberkesanan suara Pembangkang yang konstruktif dengan peranan Semak dan Imbang terhadap Kerajaan. Selamat menjalankan tugas YB Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng.

PAS turut yakin formula yang digunakan oleh gandingan Umno/BN – PAS/GS bagi menghadapi PRK Tanjung Piai ini amat sesuai dijadikan antara asas kerjasama politik bersama dalam PRU15 nanti.

PAS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Tanjung Piai yang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dengan sebaiknya.

Tahniah dan terima kasih kepada para petugas dari semua kalangan penyokong Blok Pembangkang, khususnya Petugas Pilihan Raya PAS atas kesetiaan mendukung keputusan kepimpinan Parti, sekaligus Muafakat Nasional sebagai agenda bersama dengan parti-parti lain demi kebaikan negara.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
16 November 2019 – HARAKAHDAILY 16/11/2019