Memali: Masih tunggu penjelasan sebenar

    BALING: Tragedi berdarah pada peristiwa Memali yang berlaku 34 tahun lalu memperlihatkan kesungguhan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya mengembalikan kegemilangan Islam.

    Advertisement

    Bagaimanapun dia gugur dalam peritiwa berdarah kedua selepas 13 Mei 1969.

    Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, keberanian yang ditunjukkan mereka membuktikan kesungguhan berjuang di jalan Allah.

    Katanya, sehingga sekarang ahli dan penyokong PAS di seluruh Malaysia masih menunggu penjelasan sebenar kerajaan mengenai peristiwa tersebut.

    “Sebaliknya apa yang berlaku sekarang Ustaz Ibrahim Libya dituduh pula membawa ajaran sesat,” katanya pada Majlis 34 Tahun Peristiwa Memali di Mahaad Diniah Islahiah, Kampung Memali di sini semalam.

    Hadir sama Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali, pimpinan dewan berkenaan peringkat negeri dan kawasan.

    Ustazah Nuridah juga berkata, sejarah membuktikan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan sejahtera di bawah pemerintahan Islam. – HARAKAHDAILY 19/11/2019