Wisma Putra digesa nyata pendirian

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Wisma Putra menyatakan pendirian tegas ke atas China ekoran pendedahan satu dokumen setebal 400 muka surat melibatkan nasib golongan minoriti umat Islam Uighur. Dokumen tersebut didedahkan oleh New York Times dan mengandungi ucapan Presiden China Xi Jinping pada tahun 2014.

China telah menahan lebih satu juta umat Islam Uighur dalam sebuah kem di Wilayah Xinjiang lebih tiga tahun lalu. Beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu tindakan doktrinisasi pro Komunis dan menzalimi keras umat Islam tanpa melalui proses perbicaraan yang adil.

Menurut New York Times, antara lain dokumen tersebut menyatakan, Presiden China memberitahu pemimpin partinya bahawa mereka perlu bertindak ‘be as harsh as them and show absolutely no mercy’ ke atas penduduk Uighur. Dokumen itu mengesahkan telah berlaku satu kezaliman ke atas jutaan umat Islam Uighur.

Justeru, PAS mahu Kerajaan Persekutuan menyatakan pendirian dan menghantar nota bantahan ke atas China kerana ia jelas telah melanggar hak asasi manusia dan menghapus umat Islam secara sistematik. 

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

22 Rabi’ul Awwal 1441 | 19 November 2019- HARAKAHDAILY 19/11/2019

Advertisement