Rombak Kabinet: PAS sokong PM

KUALA LUMPUR: PAS menyokong pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merombok Kabinet secepat mungkin.

Advertisement

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menteri yang sepatutnya dirombak ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan daripada DAP.

“Kita mengalu-alukan rombakan Kabinet lagi segera lagi baik. Menteri yang paling penting sekali ialah Menteri Kewangan (Lim Guan Eng). Saya lihat hari ini orang buat survey online dalam masa sejam sudah beribu yang menyokong supaya Menteri Kewangan ditukar,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Ditanya kenapa, beliau hanya menyatakan secara spontan “anda tahu jawapannya”.

Katanya, kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara faktornya kerana DAP.

Selain itu, katanya kegagalan kerajaan dalam peruntukan Belanjawan 2020 yang tidak seimbang.

“Sebagai contoh Pulau Pinang diperuntukkan RM10 bilion untuk pembangunan, had halal hanya RM10 juta sedangkan ‘market’ had halal berapa bilion. Dana sepatutnya had halal diberi wang yang banyak,” ujranya.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata bahawa projek untuk pemangkin pembangunan ekonomi Pantai Timur juga tidak dikhususkan dalam belanjawan dan ia mengambarkan perbelanjawan kerajaan gagal. – HARAKAHDAILY 21/11/2019