SRITI Ar-Raihan perintis sekolah rendah Islam di Beruas

BERUAS: SRITI Ar-Raihan Kawasan Beruas yang bakal memulakan pembukaan sulungnya pada sesi persekolahan tahun 2020 telah mengadakan Hari Terbuka yang bertempat di Medan Pantai Jaya, Pantai Remis, di sini baru-baru ini.

Advertisement

Majlis ini secara amnya bertujuan memperkenalkan SRITI Ar-Raihan kepada masyarakat setempat, manakala diadakan khusus bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa bakal pelajar mengenai maklumat sesi persekolahan nanti.

“Pelbagai cabaran dan halangan ditempuh untuk mengumpul dana pembangunan awal SRITI ini. Antara solusinya sumbangan orang ramai, ceramah umum dan sebagainya untuk menampung kadar sewaan bangunan sebanyak RM1,500 sebulan.

“Ibu bapa haruslah memberikan sokongan moral dan padu dengan menghantar anak-anak bersekolah di SRITI Ar-Raihan yang merupakan perintis sekolah Islam yang pertama di Pantai Remis, kerana inilah perjuangan ibu bapa untuk menegakkan syiar Islam,” ucapan Pengerusi SRITI Ar-Raihan, Ustaz Ahmad Sufian Mohamed Sabri.

SRITI Ar-Raihan merupakan sekolah kelolaan Dewan Pemuda PAS Beruas dan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk melancarkan lagi operasi yang boleh disalurkan ke akaun Maybank 558181062480 (Ar Raihan Mumtaz Resources). – HARAKAHDAILY 21/11/2019