Khidmat Malaysia lancar pusat operasi

    Dr Ramli menyerah jaket keselamatan kepada Adun Kelaboran.

    KOTA BHARU: Khidmat Malaysia Kelantan melancarkan pusat operasinya di Syabab Point Jalan Sultanah Zainab dekat sini bagi menghadapi kemungkinan banjir sempena tengkujuh sekarang.

    Advertisement

    Pengerusinya, Mohd Ariff Abdullah berkata, pusat tersebut dilancar sebagai persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir di Kelantan.

    “Langkah itu diambil bagi memudahkan gerak kerja membantu mangsa apabila berlaku banjir,” katanya pada pelancaran pusat tersebut kelmarin.

    Pelancarannya dilakukan Adun Bunut Payong, Dato’ Dr Ramli Mamat.

    Dr Ramli pula berkata, Khidmat Malaysia Kelantan membuat persiapan awal untuk membantu penduduk yang terlibat dengan banjir.

    Menurutnya dengan ada pusat operasi memudahkan operasi menyalur bantuan apabila berlaku banjir. – HARAKAHDAILY 22/11/2019