NAFAS: PH jenis buat dulu, fikir kemudian

KUALA LUMPUR: Isu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah soal tender terbuka, kemudian U-turn balik, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Advertisement

“Hendak bantu NAFAS dan peladang, baguslah. Pemimpin PH ini jenis buat dulu, fikir kemudian. Lain kali kena fikir dulu baru buat. Nasiblah,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, bab menggunakan duit NAFAS untuk hotel semasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai tidak ada kena mengena kebajikan 920,000 ahli persatuan peladang.

“Itu mungkin kebetulan saja kot,” katanya sinis.

Justeru, kata beliau jangan pula apabila kena di atas kepala, maka mulalah bermodal bahawa NAFAS ini untuk menjaga kepentingan Melayu.

“Baguslah baru sedar,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, kalau ada apa-apa penyelewengan dalam NAFAS di bawah kerajaan dahulu sila ambil tindakan tanpa mengira siapa pun yang melakukannya.

Ini, katanya kepentingan peladang mesti diutamakan.

Beliau juga menggesa supaya dikembalikan peranan NAFAS untuk kesejahteraan peladang.

“Bukan apabila mengambil alih NAFAS ulang perkara yang sama, jadi tidak ada yang barum” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2019