Bakri bangga muridnya raih anugerah HAK PASTI Johor

MUAR: Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) PASTI Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya pada majlis yang berlangsung di Madrasah Tahfiz At-Tanwiriah, Parit Jawa, di sini semalam.

Advertisement

Prestij majlis kali ini dilakar dari pencapaian seramai 104 murid 5 dan 6 tahun dari 26 Kawasan seluruh negeri ini yang berjaya menempuh Penilaian Murid Cemerlang dan Perujian Hafazan.

Majlis dirasmikan Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azlan Alias ini telah dihadiri Pengarah PASTI Johor, Fairus Alias dan Yang DiPertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut.

Hadir sama adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Muar, Ustaz Ridzuan Nazri dan Naib Pengerusi Majlis Guru PASTI Johor, Latipah Omar serta Jawatankuasa PASTI Bakri.

Bagi PASTI Bakri, majlis tahunan tersebut bertambah seri apabila dua muridnya mendapat pencapaian tertinggi iaitu Anugerah Mumtaz 6 Tahun dan Anugerah Cemerlang Keseluruhan 5 Tahun.

Mereka ialah Muhammad Fauzan Razin Mohd Farid, 6 tahun dari PASTI Nurul Hidayah dan Dhia Zunnur Amany Zaini dari PASTI Al-Huda Parit Baru. – HARAKAHDAILY 23/11/2019