PAS Papar lakar sejarah tubuh tiga cawangan sekali gus

    PAPAR: PAS Kawasan Papar mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan tiga cawangan sekali gus, iaitu Cawangan Kinarut, Kampung Takis dan Kamoung Gusi, di sini, semalam.

    Advertisement

    Majlis perasmian ketiga-tiga PAS Cawangan tersebut telah diadakan sempena Ceramah Perdana PAS Sabah yang disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad.

    Pada masa sama, sebanyak 119 borang permohonan keahlian baharu telah diserahkan kepada Ustaz Idris yang membuktikan PAS terus diterima dan mendapat kepercayaan segenap lapisan masyarakat.

    Lebih utama ceramah dan perasmian diadakan ini adalah atas permintaan daripada penduduk kampung sendiri menunjukkan dukungan mereka adalah bersama iltizam kepada perubahan.

    Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling dan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan serta Yang DiPertua PAS Papar, Abd Salim Karim

    “PAS tidak hanya sebagai parti siyasah (politik) semata-mata tetapi juga sebagai parti tarbiyah dan dakwah. Siyasah ada musimnya tetapi tarbiyah dan dakwah sentiasa berjalan tanpa musim,” ujar Ustaz Idris.

    Sementara itu, Abd Salim berharap dengan penubuhan cawangan baharu ini, PAS Papar akan menggiatkan lagi usaha pelaksanaan program dan gerak kerja untuk kebajikan masyarakat.

    Majlis turut mengadakan penyerahan sumbangan barangan keperluan dapur kepada masyarakat yang memerlukan itu juga telah dihadiri Setiausaha PAS Papar, Ustaz Mat Razali Mat Lazin. – HARAKAHDAILY 23/11/2019