Tabung dana Kompleks PAS Puchong dilancarkan

PUCHONG: Tabung Dana Pembangunan Kompleks PAS Puchong telah dilancarkan sempena Liqa’ Fikri PAS Puchong bertempat di Markas Kampung Kenangan, di sini kelmarin.

Advertisement

Pelancaran dikendalikan Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Puchong dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS Puchong itu disempurnakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Hadir sama Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Puchong, Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman, Abdul Rafar Che Embong dan Ustaz Rasidi Yusof serta wakil Lajnah Kebajikan PAS Selangor, Nor Hanim Ismail.

Ustaz Sallehen ketika menyentuh mengenai amalan bersedekah dan menderma mengingatkan bahawa ia perlu sentiasa dilakukan sebagai antara cara menikmati harta dikurniakan Allah tanpa perlu menunggu datangnya ikhlas.

Beliau turut mengingatkan agar amalan menderma dilakukan mengikut keupayaan yang diumpamakannya seperti telur burung puyuh dan telur itik, di mana jika itik menghasilkan sebesar telur burung puyung, itu bukan keupayaannya, tetapi kedekut.

Para dermawan yang berhasrat membuat amal jariah menyumbang untuk menjayakan pembangunan ini boleh berbuat demikian ke akaun Maybank 5628 0755 0792 atas nama Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Puchong . – HARAKAHDAILY 26/11/2019