Provokasi: Islamophobia dan Muslim Moderate

UNDANG-undang

(1)     Hari ini kita lihat realiti di Malaysia sedang berlakunya provokasi-provokasi yang mencabar jiwa umat Islam yang menjadi majoriti di negara Malaysia.

Terlalu bodoh untuk katakan ia tidak disengajakan. Hakikatnya kita boleh lihat melalui pelbagai tanda, membuktikan bahawa ia seolah-olah dirancang.

(2)     Jika kita lihat kronologi provokasi ini, ia bermula lebih hangat pasca PRU14. Iaitu selepas kemenangan PH dalam pilihan raya tersebut.

Antara bentuk-bentuk provokasi yang dilancarkan seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, Institusi Raja, sindiran terhadap syariat Islam serta Jalur Gemilang.

(3)     Kita boleh kaji beberapa contoh peristiwa ‘flag desecration’ yang terjadi di Malaysia khususnya. Ya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus mengenai flag desecration.

a-     Namun tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menunjukkan tidak menghormati Jalur Gemilang di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

b-     Pada Oktober 2013, Menteri Undang-undang Nancy Shukri, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membuang pindaan Klausa 5.

c-     Dicadangkan kepada Kanun Keseksaan, yang mencadangkan pemalsuan atau penjara atas tuduhan menghina Jalur Gemilang atau bendera asing untuk tempoh antara lima dan lima belas tahun.

Beliau menjelaskan bahawa peruntukan untuk menjaga Jalur Gemilang yang akan ditambah di bawah Akta Harmoni Negara sepertimana cadangan.

Provokasi

(1)     9 lelaki Australia, telah ditangkap selepas meraikan Grand Prix Malaysia pada  2016 dengan merobohkan batang renang  yang dihiasi dengan bendera Malaysia.

Selepas tiga hari dalam tahanan, mereka didakwa dengan gangguan awam dan kemudiannya dibebaskan. Perbincangan ini telah dibuat di Australia, bukan di Malaysia.

(2)     Pada tahun 2013, sekumpulan pelajar Cina di Taiwan, telah bergambar dengan Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Mereka mendakwa tindakan itu disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap PRU13.

(3)     Bahkan banyak lagi kes melibatkan penodaan terhadap Jalur Gemilang yang dilihat sengaja dilakukan, termasuk apa yang terjadi baru-baru ini dengan menggunakan bintang 5.

Itu belum dikira penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, sindiran terhadap Institusi Raja dan banyak lagi. Walaupun kejadian-kejadian ini berlaku sebelum PRU14 namun kita nampak ada usaha membasmi.

(4)    Namun setelah PRU14 apa yang dilihat mereka yang melakukan jenayah terhadap bendera Malaysia dan mencetuskan suasana tidak harmoni, seolah-olah ‘ditaja oleh pihak belakang tabir’.

Kita boleh katakan berkemungkinan ia hanyalah test market. Atau dengan kata lain mereka sengaja menguji kesabaran umat Islam. Merancang supaya ada orang Islam yang bertindak luar kawalan.

Walau bagaimanapun umat Islam perlu berwaspada di dalam bertindak-balas. Ini kerana fenomena antarabangsa pada hari ini, sedang berada dalam mode memperkasakan Islamophobia.

Umpan jerat radikal

(1)     Provokasi demi provokasi tidak lain dan tidak bukan, sengaja memancing atau mengumpan tindakan luar kawalan (radikal) yang dilakukan oleh mana-mana individu Islam.

Apabila tercetusnya tindakan itu, terus akan dicop dan dijadikan modal untuk memburukkan Islam, mempromosikan istilah keganasan, teroris, Islamophobia dan sebagainya.

Justeru umat Islam perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah dan tindakan untuk mengelakkan situasi yang lebih parah

(2)     Provokasi demi provokasi akan diteruskan oleh mereka ‘secara halal’, cuma umat Islam perlu bertindak dengan profesional untuk mengatasi hal ini.

Contohnya mengadakan Himpunan Aman selepas solat Jumaat, menimbulkan kesedaran umat Islam dalam tazkirah dan ceramah, membuat laporan polis, dan sebagainya.

(3)     Apabila PAS memperkenalkan BPMS, kita akan lihat bagaimana mereka merasa tergugat dengan pendekatan cara profesional dan matang.

Lantas mereka berusaha untuk merobek keprofesionalan ini melalui provokasi-provokasi cap ayam dan fitnah yang seperti dihalalkan.

Media seperti biasa akan terus memainkan peranan untuk menyemarakkan perasaan benci dan marah di kalangan umat Islam sebagai jerat untuk permainan saraf mereka.

Bijak menangani isu

(1)     Sekiranya umat Islam mengambil pendekatan menghina dan mencaci agama mereka tahap cap ayam sepertimana yang mereka lakukan, bimbang ia akan memberi kesan berdasarkan firman Allah S.W.T:

Advertisement



وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَیَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَیۡرِ عِلۡمࣲ …..

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. …..”

(al-An’am: 108)



(2)     Secara peribadi saya menyokong usaha dialog antara agama sepertimana yang diusahakan oleh Dr Zakir Naik yang telahpun disekat pada hari ini

Di samping itu, gerakan Islam perlu perkasakan gerak kerja dakwah dan penerangan kepada ahli luar supaya mereka dapat menerima produk Islam yang dipasarkan oleh kita.

(3)     Provokasi yang mereka lakukan perlu ditangani dengan bijak supaya tidak terperangkap dengan jerat Islamofobia. Sepatutnya di kala Islam diserang dan syariat Islam disindir, hakikatnya ia membuka peluang kepada kita.

Iaitu peluang untuk muncul dalam arena dakwah secara profesional dan matang. Serta merta akan menolak dakwaan mereka bahawa Islam itu jumud dan ketinggalan.

Semakin mereka menghina Islam, semakin itulah peluang untuk kita semakin terbuka. Andai kita tidak menghiraukan peluang ini, seolah-olah kita membiarkan musuh itu menang dalam psywar ini.

Islamophobia

(1)     Selain daripada Islamofobia mereka juga dilihat merancang senada dengan perancangan Amerika sejak 2004/05 untuk menyuburkan Muslim Moderate.

Boleh teliti beberapa penulisan seperti karangan Cheryl Bernard, dan laporan RAND Corporation yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks. Seolah-olah menjadi bukti pelan tindakan mereka

(2)     Secara kasarnya, sekiranya mereka ingin mewujudkan dan mengembangkan Muslim Moderate, mereka perlu mewujudkan pertembungan atau disebut ‘Created Collusion’.

Iaitu apabila bangkitnya umat Islam dengan tindakan di luar kawalan (radikal) yang saya ceritakan tadi, ia seolah-olah menyokong kepada kemunculan Muslim yang sederhana atau dikenali dengan Muslim Moderate.

(3)     Strategi ini bukanlah yang terbaru, akan tetapi hanya copy-paste daripada perancangan-perancangan sebelum ini yang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Bahkan boleh dibaca rentaknya.

Kita boleh lihat bagaimana kemunculan Muslim Moderate ini pasca 11 September 2001 yang dikatakan pencetus kepada gerakan Islamofobia antarabangsa di era moden.

(4)     Negara yang dilabel sebagai pengganas Islam atau militan Islam dipromosikan supaya menjadi keseimbangan dengan kewujudan Muslim Moderate di negara-negara lain seperti Turki Tunisia dan Malaysia.

Sepertimana yang saya lontarkan tadi, strategi ini boleh difahami melalui laporan RAND Corporation yang bertajuk Building Moderate Muslim Networks yang diterbitkan pada 2007.

Muslim Moderate

(1)     Laporan ini mendedahkan modus operandi RAND Corporation untuk mewujudkan rangkaian Muslim Moderate dan Muslim Liberal di seluruh dunia sebagai usaha untuk melawan Muslim Radikal atau Muslim Fundamentalis.

a-     Sebelum kita fahami lebih jauh, kita perlu fahami bahawa Amerika berusaha menjenamakan Muslim Radikal yang mengambil jalan kekerasan.

b-     Begitu juga Fundamentalis sebagai label bagi Muslim yang ke arah cita-cita mengembalikan negara Islam. Label mereka ini berdasarkan kajian yang panjang terhadap Umat Islam.

(2)     Di dalam laporan ini, mereka melontarkan masalah bahawa Muslim Moderate dan Muslim Liberal sekalipun menjadi kumpulan majoriti dalam sesebuah negara Islam, mereka boleh dikalahkan.

Iaitu dikalahkan oleh Fundamentalis khususnya, sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang ampuh. Oleh itu resolusi laporan ini mencadangkan agar Amerika berperanan menyalurkan sumber kewangan.

Ia bertujuan menyuburkan lagi rangkaian Muslim Moderate dan Muslim Liberal supaya menjadi rangkaian yang kuat di seluruh negara Islam.

(3)     Strategi yang sama dilakukan oleh Amerika bagi berhadapan dengan Soviet satu ketika dahulu. Iaitu pendanaan yang besar bagi mempromosikan demokrasi. Bertujuan merobohkan sistem autokratik Soviet.

(4)     Selain itu, dalam laporan ini juga menyatakan garis panduan tajaan dan syarat. Antaranya penaja akan menyuntik dana berdasarkan keperluan. Manakala penerima dana mestilah menjalankan operasi dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Biasanya kerja kerja seperti ini, Amerika menggunakan perantaraan yayasan. Tidak secara direct. Pelbagai yayasan yang mereka tubuhkan, sebagai strategi pendanaan.

Buah catur

(1)      Pada September 2002, Dokumen Jabatan Keselamatan Negara AS telah dirangka. Antaranya menyimpulkan bahawa kemunculan Muslim Radikal akibat kurangnya ‘demokrasi’.

a-     Presiden Amerika ketika itu, George Bush melancarkan fenomena ‘Freedom Agenda’ (Agenda Kebebasan) yang merupakan taktik dalam memerangi keganasan.

b-     Perang yang dimaksudkan ini bukanlah berbentuk perang fizikal, akan tetapi ia adalah ‘perang idea’. Iaitu mempromosikan demokrasi dan cabang cabangnya.

c-     Setelah kita memahami rentak Islamofobia dan penjenamaan Muslim Moderate kita akan dapati bahawa jalan yang terbaik untuk keluar daripada perangkap ini adalah dengan BPMS yang diperkenalkan oleh PAS.

(2)     Cheryl Bernand pernah mengarang buku ‘Civil Democratic Islam’ yang merancang percaturan umat Islam dengan menggunakan ‘perselisihan’ sebagai peluang.

a-     Beliau juga merupakan salah seorang panel laporan RAND Corporation yang saya nyatakan tadi. Di dalam tulisannya, beliau mengkelaskan Umat Islam itu kepada 4 jenis dengan ciri-cirinya.

Iaitu Modernis, Sekularis, Tradisionalis dan Fundamentalis. Beliau beranggapan bahawa bukan semua orang Islam itu ‘bermasalah’ bagi mereka. Akan tetapi yang masalah cumalah ‘Fundamentalis’.

b-     Mereka berteori bahawa Fundamentalis perlu ditembungkan dengan Tradisionalis. Manakala Muslim Radikal mesti disuburkan bagi mempromosikan Muslim Moderate.

(3)     Begitulah secara kasarnya buah catur mereka. Kadangkala seruan ke arah Tradisionalis itu adalah seruan Amerika untuk tembungkan dengan Fundamentalis.

Begitu juga seruan ke arah Radikal sepertimana provokasi-provokasi yang diceritakan di awal tadi, adalah bertujuan mempromosikan Muslim Moderate.- HARAKAHDAILY 28/11/2019