TMK 2020 pacu ekonomi rakyat

    Perarakan kereta berhias sempena pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020.

    KOTA BHARU: Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020 dijangka mampu pemacu pembangunan sosio ekonomi rakyat di negeri tersebut.

    Advertisement

    Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kemasukan pelancong ke Kelantan sehingga Oktober 2019 seramai 3.45 juta orang.

    Jumlah itu merangkumi 3,139,342 pelancong tempatan dan 305,048 antarabangsa.

    “Melihat kepada jumlah itu saya yakin kita mampu melonjakkan angka tersebut dengan mengambil pelbagai langkah dan inisiatif bagi menarik pelancong ke negeri kita.

    “Banyak promosi diadakan sehingga sekarang. Dan jumlah penerbangan masuk dan keluar pula sebanyak 60 penerbangan sehari.

    “Dan ditambah pula penerbangan Firefly dari Kota Bharu-Johor Bharu dijangka bermula 17 Disember hadapan,” katanya ketika merasmikan ‘Soft Launch’ TMK 2020 di Dataran Rehal hari ini.

    Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman. – HARAKAHDAILY 28/11/2019