Emansipasi Sudan dan Gender Alert peringkat global

EMANSIPASI di Sudan

(1)     Sebelum ini saya pernah menulis tentang isu Sudan dan Emansipasi golongan wanita. Selepas mengikuti beberapa perkembangan mutakhir, ada beberapa poin yang ingin dikongsi

InsyaAllah saya muatkannya dalam artikel kali ini. Antaranya apa yang disiarkan oleh BBC bertarikh 29 November 2019 yang bertajuk ‘Sudan’s Women Hail End Of Strict Public Order Law’.

Advertisement



(2)     Ya, macam ada yang tak kena dengan mereka. Sebelum ini saya pernah ceritakan keganjilan dalam Revolusi Sudan. Iaitu pada mulanya ialah isu penyalahgunaan wang.

Namun secara tiba-tiba, semasa kemuncak revolusi tiba-tiba media memasyhurkan Alaa Salah yang diikonikkan serta merta seiringan dengan isu penindasan dan diskriminasi terhadap wanita.

(3)     Setelah wujudnya kerajaan peralihan, media menyiarkan pula bagaimana golongan wanita yang diikonkan dengan Alaa Salah itu, meluahkan rasa tidak berpuas hati.

Antara sebabnya ialah kerajaan peralihan ini tidak meraikan kehendak golongan wanita sekalipun mereka sudah cukup terlajak mesra dengan wanita. Antaranya merasmikan perlawanan bola sepak wanita.

(4)     Setelah luahan tidak puas hati tersebut, akhirnya pada 29 November dikhabarkan oleh BBC bahawa Sudan telah memansuhkan undang-undang perintah awam yang membatasi wanita.

Iaitu dari sudut tindakan wanita dan undang-undang kebebasan dalam berpakaian di khalayak ramai. Apa yang terjadi di Sudan ini bukanlah kebetulan. Akan tetapi memang selari di seluruh dunia.

Media tukang promosi

(1)     BBC ‘meriwayatkan’ bahawa Perdana Menteri Abdalla Hamdok memberi penghormatan kepada wanita yang telah ‘menahan kekejaman yang mengakibatkan pelaksanaan undang-undang ini’.

Selain itu, pihak berkuasa Kerajaan Peralihan Negara turut membubarkan parti bekas Presiden Omar al-Bashir yang berdiri dengan penuh sejarah hitam dengan Amerika sejak 1989.

Namun akhirnya beliau digulingkan pada April 2019 setelah memerintah hampir 30 tahun. Hari ini Sudan dipimpin oleh majlis tentera dan Kabinet yang yang diketuai oleh Perdana Menteri Hamdok.

(2)     BBC cuba menggambarkan bahawa Kabinet Sudan adalah dari kalangan orang awam, marhaen kononnya. Begitu juga Hamdok juga dikatakan rakyat awam.

Seolah-olah menggambarkan penggulingan Omar Basyer benar-benar suara rakyat. Sedangkan beberapa pendedahan menceritakan bahawa wujudnya pendanaan luar untuk proses itu.

(3)     BBC menyatakan bahawa wanita Sudan hari ini memuji pemansuhan undang-undang yang selama ini dikatakan mengongkong wanita. Apa yang terkongkong itu entahlah.

Entahlah wanita Sudan mana yang puji pemansuhan tersebut. Kelihatan BBC pun nak main saraf cap ayam sekalipun bergelar media antarabangsa.

(4)     BBC menyiarkan gambar wanita Sudan dengan ulasan: ‘Suatu undang-undang kuno yang mengawasi tingkah laku wanita telah dimansuhkan dan parti rejim bekas dibubarkan’

Propaganda luar

(1)     BBC seolah-olah mengatakan bahawa Wanita Sudan bersuka ria dengan pembubaran Parti Kongres Nasional NCP dan pemansuhan undang-undang terhadap wanita.

Pemansuhan dan pembubaran ini dikatakan merupakan tindak balas terhadap tuntutan utama pergerakan protes, yang bertujuan untuk menjatuhkan Omar Basyer.

(2)     Negara Sudan merupakan negara Umat Islam dan mempunyai kekayaan minyak. Amerika pernah melakukan percubaan untuk merembat kekayaan Sudan antaranya dalam konflik Darfur 03/04

Peristiwa ini menyebabkan kematian 200,000 dan pelarian lebih 2 juta orang. Peristiwa hitam ini dikaitkan dengan Omar Basyer sedangkan ia kerja Amerika.

(3)     Sebab itulah tak pelik kalau saya katakan bahawa penggulingan Omar Basyer ini adalah rancangan Amerika dan pendanaan mereka. Beberapa artikel saya sebelum ini sudah menceritakan hal ini.

(4)     Aisha Musa, salah seorang daripada dua wanita di Majlis Sovereign baru Sudan, memberitahu BBC Newsday bahawa Kerajaan Omar Basyer itu memberi tumpuan kepada wanita

Cuma apa yang mereka tak puas hati ialah beberapa ketetapan yang dikatakan mengongkong seperti larangan memakai seluar, mengabaikan pendidikan dan penjagaan kesihatan.

(5)     Ini apa yang diberitakan oleh BBC. Tak pasti sama ada ia adalah hasil ulasan yang diprovokasi, atau Aisha Musa sendiri telah tertelan bulat-bulat propaganda media.

Sudut pandang isu Sudan

(1)     Apakah undang-undang perintah awam yang dimansuhkan tersebut? BBC melaporkan laporan 2017 oleh dua badan amal, menggambarkan sekatan terhadap wanita.

Iaitu dari segi mengecualikan wanita dari aktif mengambil bahagian dalam masyarakat. Bahkan menggugut mana mana wanita yang cuba melibatkan diri.

(2)     Dikatakan bahawa di Sudan tergazet undang-undang terhadap pemakaian wanita. Hal ini dianggap mengongkong dan menindas. Sedangkan hakikatnya memang Islam ada undang-undang sebegitu.

(3)     Tulisan saya ini bukanlah untuk ‘mentaqdis’kan Omar Basyer. Ya, setiap orang melakukan kesilapan. Tetapi Omar Basyer itu lebih bagus daripada agenda-agenda Amerika.

Antara yang menjadi isu ialah pelaksanaan undang-undang yang tidak sekata, memilih bulu dan sewaktu dengannya. Contohnya undang-undang larangan perempuan pakai seluar.

Larangan ini dilihat dikuatkuasakan kepada orang-orang miskin sahaja. Manakala orang-orang perempuan kaya tidak dikenakan tindakan undang-undang sekiranya memakai seluar.

(4)     Dari satu sudut, kita yang biasa dengan iklim Malaysia ini begitu mudah melabel dan mengkomen Undang-undang Sudan sebelum ini. Sehingga terpacul kata-kata ‘Memang patut kena guling’.

Ya, media sedang mencorakkan pemerintahan dan Undang-undang Islam itu sebagai kolot dan ketinggalan. Senada dengan permainan saraf antarabangsa hari ini.

Menguasai pasaran Idealogi

(1)     Dalam isu ini, media seolah-olah mengheret dunia ke arah pasar idealogi. Amerika sendiri cuba menguasai pasaran idealogi, di kalangan Umat Islam. Sehingga Umat Islam sendiri merasa undang-undangnya sudah ketinggalan.

(2)     Frame ini dilihat pernah terjadi di zaman awal Sekularism di Turki Uthmaniah. Kemunculan Barat dengan kemodenan akhirnya menjadikan Umat Islam merasa terkebelakang.

Lantas, mereka secara sukarelanya akan meniru cara Barat dalam segenap sudut kerana menganggap Barat itu adalah kemodenan yang sebenar.

(3)     Sebab itulah tak perlu pelik bahawa perang hari ini hakikatnya adalah perang idealogi. Disebabkan idealogi berbeza, boleh perang sampai bunuh-bunuh.

Dalam masa yang sama, hari ini juga sarat dengan perang saraf (propaganda) atau dikenali juga dengan psywar. Barat mencampakkan istilah emansipasi di Sudan.

Lalu revolusi itu diwarnakan dengan kebangkitan wanita. Walhal ia adalah saraf, yang menggunakan kaedah swarm people. Maka manusia akan menghurung pusat bandar untuk revolusi.

(4)     Di sini kita boleh belajar bagaimana Amerika berjaya memanipulasi rentak. Contohnya pada 1979, Amerika agak gerun dengan Revolusi Iran.

Era awal 2000 mereka mula memanfaatkan ‘perasaan manusia’ untuk meng‘create’ template revolusi. Seolah-olah mereka temui cara untuk menjadikan revolusi itu satu manfaat buat mereka.

Men‘swarm’kan manusia

(1)     Pada hari ini, mereka sudah pandai untuk men‘swarm’kan manusia. Seolah-olah menggunakan remote control, mengawal minda manusia untuk menghurung sesuatu.

Contohnya Arab Spring 2011 yang menggambarkan bagaimana mereka berjaya menghuru-harakan Arab yang selama ini mengacau kerja-kerja memprojekkan Israel Raya.

(2)     Bahkan hari ini Arab sudah pun normal dengan Israel, dan bersedia hulurkan tangan membantu menjayakan agenda Israel dan Amerika.

(3)     Kemunculan golongan wanita atas nama emansipasi hari ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Ia sedang digerakkan oleh ‘tangan ghaib’.

Seolah-olah sedang ditemplatekan ke satu masa yang lebih sesuai. Jangan pelik kalau movie-movie kebelakangan ini dihiasi dengan hero-hero wanita.

(4)     Pada 26 November 2019 al Jazeera telah melaporkan bahawa puluhan ribu orang telah berkumpul di seluruh dunia, di negara-negara seperti Guatemala, Rusia, Sudan dan Turki.

Masing-masing bertujuan menandai Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan terhadap Wanita. Antara yang dikembangkan isunya ialah laporan PBB.

Kira-kira 87,000 wanita dan perempuan dibunuh di seluruh dunia pada tahun 2017, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikan ia satu permulaan yang cantik untuk keruhkan keadaan.

Global Protest

(1)     Al Jazeera juga melaporkan bahawa Kerajaan Perancis telah mengumumkan bahawa mereka akan memudahkan para doktor untuk berkongsi maklumat mengenai vulnerable woman.

Mereka juga menulis ke dalam undang-undang ‘concept of psychological entrapment’, selepas perhimpunan besar di Perancis pada hujung minggu.

(2)     Di Moscow, ramai yang berarak di jalanan untuk menonjolkan kegagalan kerajaan dalam meluluskan undang-undang yang melindungi wanita.

(3)     Ratusan wanita Sudan menyanyikan lagu: ‘Kebebasan, kedamaian dan keadilan’ ketika mereka berkumpul di Khartoum pada protes pertama dalam beberapa dekad.

(4)     Di Mexico City, penunjuk perasaan yang bertopeng dengan ‘sledgehammers’ melakukan vandalism dan bertembung dengan polis rusuhan.

Kejadian berlaku pada Hari Isnin 18 November untuk membantah kegagalan pihak berkuasa menghentikan kenaikan kadar jenayah rogol di negara tersebut.

(5)     Di Madrid pula, pada petang hari yang sama, selepas kejadian protes pada hujung minggu. Ya, Undang-undang Sepanyol sudah lama menentang keganasan jantina.

(6)     Al Jazeera melaporkan bahawa PBB memberi amaran bahawa lebih banyak tindakan diperlukan di seluruh dunia, antaranya menyeru Afghanistan yang dikatakan tidak tegas dalam isu ini. – HARAKAHDAILY 2/12/2019