Guru PASTI Lumut maut kemalangan

    Pemuda PAS rakam takziah

    DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada suami dan keluarga Guru PASTI yang telah disahkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di sekitar Lekir, Setiawan, Perak pagi ini.

    Guru tersebut iaitu Muallimah Rogayah Binti Bakar dari PASTI Huda 2 yang terletak di bawah PASTI Kawasan Lumut. Beliau bersama dua orang lagi rakan guru (Muallimah Nurul Huda Binti Mohamed (PASTI Istiqamah) dan Muallimah Nurmazura Binti Abu Kasim (PASTI Huda 1)) yang turut tercedera dalam insiden ini dalam perjalanan untuk mengikuti Kursus Guru PASTI di Ipoh.

    Pemergian Muallimah Rogayah merupakan kehilangan besar yang dirasai oleh keluarga besar PASTI Malaysia. Almarhumah meninggalkan 4 orang anak yang sedang belajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Abrar (SRIDAR), PASTI Wardah dan 2 orang lagi di Sekolah Taalim.

    Sektor Pendidikan DPPM melalui Jabatan PASTI Malaysia dan Jabatan PASTI Negeri Perak akan membantu pengurusan jenazah termasuk menampung segala kos perjalanan dari Hospital Seri Manjung ke tempat perkebumian di Baling, Kedah. Khairat kematian juga akan diserahkan kepada keluarga Almarhumah.

    Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan segala dosanya diampunkan oleh Allah. Pengakhiran hidupnya yang baik didoakan diterima oleh Allah sebahagai syahidah:

    Advertisement



    اللهم اغفر لها وارحمها وعافها و اعف عنها.



    IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
    Ketua Pemuda,
    Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

    2 Disember 2019 | 5 Rabi’ul Akhir 1441H – HARAKAHDAILY 2/12/2019