Kerajaan PH hadapi segala kemungkinan

Pemimpin PAS turut hadir pada perasmian Konvensyen Umno Kelantan.

PASIR PUTEH: Pakatan Harapan (PH) yang dianggap sebagai kerajaan minoriti yang perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan.

Advertisement

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, situasi itu dihadapi bukan sahaja di negeri-ngeri yang diperintah PH, malah turut merebak sehingga peringkat Pusat.

“Kita kena tahu kerajaan sekarang merupakan kerajaan minoriti, dia bukan kerajaan majoriti baik di Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan hatta Malaysia sendiri.

“Lantas sebagai kerajaan minoriti, mereka kena bersedia untuk menerima pelbagai kemungkinan,” katanya pada pemberita selepas Konvensyen Umno Kelantan di Sweet Beach Resort Tok Bali di sini kelmarin.

Konvensyen itu dihadiri lebih 1,500 ahli pemimpin Umno PAS Kelantan. Perasmiannya disempurnakan Presiden Umno Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama pada majlis perasmian pemimpin PAS termasuk Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan wakil-wakil rakyat PAS. – HARAKAHDAILY 2/12/2019