Malaysia Tatoo Expo langgar budaya Malaysia

DEWAN Muslimat PAS  Malaysia menyelar penganjur Program Malaysia Tatoo Expo 2019, yang pertama kalinya diadakan di Semenanjung Malaysia yang telah berlangsung di KLCC mulai 29 November hingga 1 Disember 2019. Expo seperti ini pernah diadakan di tahun-tahun lalu tetapi berlangsung di Negeri Sabah .

Budaya bertatoo adalah berlawan arus dengan nilai ketimuran dan melanggar tata susila budaya Malaysia selayaknya tidak dijadikan acara atau dijadikan normalisasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Biarpun, kita menghormati kepelbagaian amalan dan budaya  masyarakat pelbagai bangsa dan agama,tetapi apabila  Kementerian Pelancongan di bawah pentadbiran Kerajaan Malaysia  turut memberikan sokongan kepada aktiviti seperti ini amatlah mendukacitakan.

Pertunjukan separa bogel yang dipenuhi dengan tatoo di sebuah  Expo yang disertai oleh pelbagai peringkat pengunjung tidaklah layak menjadi nilai norma rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara kita.

Kementerian yang berkaitan mestilah membuat siasatan segera dan mengumumkan laporannya kepada awam bagaimana program seperti itu boleh mendapat sokongan dari Kementeriannya.


YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH,
Ketua Dewan Muslimat  PAS Malaysia,
2 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 2/12/2019

Advertisement