Sokongan kaum bukan-Islam semakin meningkat

BERUAS: PAS terus menerima sokongan masyarakat bukan-Islam apabila menerima permohonan keahlian Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di Panchor, Pantai Remis di sini.

Advertisement

Pengerusi DHPP Beruas, Mageswaran Subramaniam telah menyerahkan borang permohonan tersebut mewakili tiga Cawangan baru semasa Ceramah Muafakat Nasional, baru-baru ini.

Mageswaran sebelum ini merupakan bekas Pengerusi GERAKAN Cawangan Pengkalan Baru yang kini telah bersama DHPP dalam Muafakat Nasional.

Borang tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria yang berceramah bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Seri Ahmad Maslan dan Ketua Umno Bahagian Beruas, Dato’ Dr Azhar Ahmad.

Berceramah sama adalah Ketua MCA Beruas, Dato’ Ooi Jen Ting dan Ketua MIC Beruas, Subramaniam Wardaraju serta Ketua Makkal Sakti (IPF), Kandasamy Vadivello.

“Kami jemput lebih ramai lagi kaum India dan Cina untuk bersama PAS dan bermuafakat sebagaimana rakyat pelbagai kaum hidup di Kelantan,” ujar Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Beruas, Mohd Nazeer Mkm Hameed. – HARAKAHDAILY 2/12/2019