AKSB baiki paip di lokasi tanah mendap

    Wan Khairuddin meninjau kerja-kerja membaiki kedudukan paip di lokasi tanah mendap.

    KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membaiki segera kedudukan paip di Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah akibat mendapan tanah disebabkan hujan berterusan.

    Advertisement

    Ketua Jabatan Operasi AKSB Wan Khairuddin Wan Omar berkata, kejadian itu berlaku semalam melibatkan paip air bersaiz 700 mm.

    Oleh itu katanya kerja-kerja pembaikian dilakukan segera di tempat kejadian yang terletak di lereng bukit.

    Namun kata beliau disebabkan berlaku pergerakan tanah agak dalam kestabilan kedudukan paip tidak stabil dan berisiko bocor semula.

    “Sebagai alternatif penggantian paip mild steel bersaiz 700 mm sepanjang 65 meter terpaksa dilakukan oleh kontraktor yang dilantik AKSB.

    “Jangkaan kerja-kerja pembaikian agak rumit dan memakan masa lebih kurang empat hari bermula 3 Disember,” katanya pada satu kenyataan di sini.

    Menurutnya juga Loji Rawatan Air Bukit Remah dianggar melibatkan seramai 16,700 pengguna aktif. – HARAKAHDAILY 3/12/2019