Pelik kementerian tidak tahu ‘Tattoo Expo’

    KANGAR: Dewan Muslimat PAS Perlis hairan bagaimana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tidak mengetahui program Tattoo Expo 2019 diadakan di Kuala Lumpur.

    Advertisement

    Ketuanya, Ustazah Latifah Mat berkata, ekspo tersebut diadakan di tempat yang terbuka di Kuala Lumpur.

    “Bagaimana perkara ini boleh terjadi di luar pengetahuan pihak kementerian. Lebih malang lagi ekspo tersebut diselang seli dengan tarian tradisional masyarakat Malaysia.

    “Seni apa yang ingin ditonjolkan sehingga hilang nilai agama dan tatasusila. Pertunjukan hampir bogel itu dipenuhi tattoo yang turut disertai pelbagai peringkat pengunjung,” katanya di sini.

    Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Mohamaddin Ketapi dilapor berkata, kementeriannya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan bagi penganjuran ekspo berkenaan. – HARAKAHDAILY 3/12/2019