Proksi penjajah dan keldai tunggangan

REALITI hari ini

(1)      Hari ini kita melihat krisis demi krisis yang sengaja diwujudkan di tanah air Malaysia. Berselirat dengan pelbagai agenda. Normalisasi, pragmatik, perang idealogi dan banyak lagi.

Istilah-istilah ini menggambarkan betapa Malaysia pasca PRU 14 berada di tahap runcing dan sengal. Seolah-olah DAP sedang mengejar ‘sesuatu’ sebelum PRU15.

(2)     Realiti ini menggambarkan betapa Allah S.W.T menurunkan bala buat Umat Islam, yang selama ini menjauhkan diri daripada alam politik dengan alasan politik itu kotor.

a-     Ada yang meninggalkan politik atas alasan menyucikan diri. Ada pula yang tiada kesedaran berpolitik (الوعي السياسي), akibat terlalu lama berendam di dalam lumpur Sekularism.

b-    Ada yang seolah-olah sudah muak dengan politik, lantas membiarkan politik itu dikuasai oleh orang-orang jahat. Apa yang terjadi ialah umat Islam meninggalkan sunnah.

(3)     Iaitu sunnah Nabi S.A.W, yang menyuruh umatnya untuk terlibat dengan politik. Nabi S.A.W juga menyuruh untuk mencegah kemungkaran.

Antara kemungkaran yang paling zahir dilakukan ialah kerajaan mendaulatkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam;

Advertisement



أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِیَّةِ یَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمࣰا لِّقَوۡمࣲ یُوقِنُونَ

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.”

(al-Maidah: 50)



Umat Islam tinggalkan Islam

(1)     Apabila umat Islam meninggalkan politik, seolah-olah membiarkan taghut ini bermaharajalela. Hari ini boleh lihat bagaimana realitinya.

a-     Apabila Umat Islam mengabaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat, maka bala Allah itulah yang selayaknya. Hari ini kita saksikan sendiri betapa bala itu sedang melata.

b-     Apabila Umat Islam meninggalkan kesyumulan Islam, dan memilih Islam secara sekerat-sekerat, maka saksikanlah apabila cabang-cabang Islam itu dirobek oleh musuh.

Nabi S.A.W bersabda;



وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

“Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya hendaknya engkau melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar. Jika tidak, Allah hampir mengirim azabnya, kemudian engkau berdo’a tetapi tidak dikabulkan”



(2)     Kita melihat situasi di Malaysia hari ini, apabila orang-orang kafir bermaharajalela dengan idealogi-idealogi sesat mereka yang dizahirkan tanpa segan.

Antara sebabnya apabila Umat Islam sendiri tidak bersungguh untuk memasarkan idealogi Islam. Usaha-usaha murni gerakan Islam dan NGO diukur sebagai gila kuasa.

(3)     DAP khususnya sedang mempromosikan idealogi mereka. Dengan kuasa yang ada, mereka perkasakan agenda mereka dengan bersungguh sungguh.

Manakala Umat Islam pula, lebih suka untuk membiarkan politik dikuasai oleh mereka. Menjadikan negara yang majoritinya orang Melayu dan Islam ini dikuasai oleh orang kafir.

Hanya sekadar buih

(1)     Simbol dan lambang-lambang Komunis diperagakan. Bendera Malaysia dinoda. Umat Islam hanya mampu bising tanpa kuasa untuk melarang.

Umat Islam yang majoriti di Malaysia ada yang menjadi kura-kura di dalam tempurung, ada yang menjadi tenggiling yang mencari anai-anai, ada yang menjadi keldai tunggangan.

(2)     Yang paling jelas dilihat, Umat Islam hanyalah ibarat buih di lautan;



قال رسول الله : يوشك الأمم ان تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها  فقال قائل : ومن قلة نحن يومئذ؟ قال : بل أنتم يومئذ كثير , ولكنكم غثاء كغثاء السيل , ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله فى قلوبكم الوهن  فقال قائل : يارسول الله وما الوهن ؟ قال : حب الدنيا وكراهية الموت

“Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab Baginda S.A.W: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kami seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabut daripada sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu di samping Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata: Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu. Lalu sabda baginda: Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.”



(3)     Teguran-teguran seperti ini biasa disebut oleh pimpinan gerakan Islam apabila melihat krisis dalam jemaah, atau di luarnya. Antaranya Syed Qutb, Fathi Yakan, Syeikh Habannakah dan ramai lagi.

Syed Qutb mengingatkan supaya tidak terjebak dengan mainan musuh. Iaitu apabila seseorang itu menentang Kapitalism, mereka seolah-olah memposisikan diri mereka dalam Sosialism.

Hujah-hujah Sosialism dipakai untuk menolak Kapitalism. Begitu juga apabila nak menetang Sosialism, mereka akan menggunakan hujah-hujah Kapitalism.

Menjadi alat

(1)     Realitinya, umat Islam ada yang berhujah cara Sosialis untuk menolak Kapitalis. Ada juga yang berhujah cara Kapitalis untuk menolak Sosialis.

Seolah-olah Umat Islam terlupa untuk memasarkan idealoginya. Antara yang perlu di post-morterm, iaitu apabila Umat Islam menentang penjajahan British, mereka ‘diperguna’ oleh Komunis.

Apabila nak menentang kedajalan Komunis, mereka diperguna pula oleh British. Begitulah yang terjadi di era penjajahan sehinggalah merdeka.

Sedangkan kedua-dua Komunis dan British itu adalah penjajah Tanah Melayu sejak sekian lama. Kedua-duanya mempunyai track record membunuh Umat Islam.

(2)     Lihatlah hari ini Umat Islam ada yang dikeldaikan untuk menjayakan agenda China menguasai Asia Tenggara. China pula dilihat bersaing dengan Amerika.

Dalam masa yang sama, Amerika mempergunakan beberapa Umat Islam di Malaysia untuk menjayakan agenda mereka bersaing dengan China.

(3)     Peringatan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam yang saya nyatakan tadi mengingatkan supaya Umat Islam tidak diperalat untuk menjadi proksi musuh

(4)    Sejarah telah menceritakan dalam siri awal Perang Dunia Pertama. Kerajaan Uthmaniah terjebak dalam kancah ini akibat menerima dedak daripada Jerman.

Asalnya pertembungan antara Kuasa Pusat yang dianggotai oleh Jerman, Hungary dan Itali berhadapan dengan Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh British, Perancis dan Rusia.

Namun setelah menerima dedak, Uthmaniah terheret sama dalam kancah ini. Menyebabkan akhirnya Uthmaniah kecundang dalam konflik ini.

Pragmatik dan Totaliraniasm

(1)     Realiti di Malaysia hari ini kita lihat betapa ‘mantap’nya sikap pragmatik ahli politik. Asalkan dapat kuasa. Manakala Umat Islam mengabaikan kekuasaannya, hingga dirembat musuh.

Sikap makan keliling ini bermula dengan prinsip sesat iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ (الغاية تبرر الوسيلة). Bertitik tolak daripada kefahaman ini mereka muncul dengan gaya pragmatik.

(2)     Asal-usul DAP ialah Sosialism yang digunapakai oleh Komunis. Era 1945-1991 merupakan era pertembungan idealogi Kapitalism dan Sosialism.

a-     Kapitalism jelma sebagai sebuah negara besar yang berkuasa iaitu Amerika. Manakala Sosialism juga merupakan pesaing hebat dikenali sebagai Soviet.

b-     Soviet dilihat mengamalkan konsep Totalitarian.

(3)     Fahaman Totalitarianism merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan itu sepatutnya hanya terbangun dengan satu parti sahaja.

Parti tunggal ini memerintah kerajaan secara total dan mutlak. Tiada persaingan. Kaedah ini dilihat lebih diktator dengan menggunakan propaganda yang panjang.

(4)     Propaganda ini bertujuan memaksa rakyat untuk ‘beriman’ dengan kerajaan yang memerintah. Para penentang akan terus dihukum tanpa banyak bicara.

Kadangkala, kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan mutlak ini.

Demokratik vs Autokratik

(1)     Era Perang Dunia Kedua, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep Totalitarian ini untuk menggambarkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme

Kebanyakan rejim-rejim Fasis dan Komunis telah dianggap sebagai Totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya lebih Autoritarian berbanding Totalitarian.

Contohnya Mussolini di Itali sebelum Perang Dunia Kedua, dan juga rejim Komunis seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping.

(2)     Konsep Autokratik Blok Soviet juga dilihat bertembung dengan Demokratik yang dibawa oleh Blok Amerika. Justeru, Amerika perlu ‘berkorban’ untuk jayakan demokrasi

Iaitu bagi menjayakan agenda mempromosikan demokrasi, Amerika terpaksa berbelanja besar. Tujuannya ialah untuk menghancurkan sistem pemerintahan Soviet yang bersifat Autokratik itu.

(3)     Komunis sangat sinonim dengan Soviet dan segala sistem pemerintahan mereka. Amerika cuma gilakan kuasa. Liberal Kapitalis dilihat mampu menjamin kuasa mereka.

Umat Islam yang anti dengan Komunism ini secara tidak sedar telah menjadi alat untuk mengukuhkan blok Amerika ketika era penjajahan dan kemerdekaan Tanah Melayu.

(4)     Namun, demi survival kuasa politik DAP pada hari ini, mereka terpaksa menggunakan kaedah makan keliling. Asalkan dapat kuasa. Sekalipun terpaksa berpakat dengan proksi Kapitalism.

Kejatuhan Abbasiah

(1)     Sepertimana yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa China sedang menguatkan pengaruhnya di Asia Tenggara. Termasuk agenda BRI yang melibatkan negara-negara dunia.

Termasuk juga projek pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur. Termasuk juga projek memperkuatkan Borneo yang ‘setanah’ dengan Kalimantan itu.

(2)     Singapore yang sudah makruf sejarahnya, turut mempunyai Pangkalan Tentera Israel. Laluan Selat Melaka juga turut menjadi perhatian BRI agenda China.

Persaingan China vs Amerika ini agak berselirat. Kadangkala mereka bermusuhan. Kadangkala boleh berkawan demi survival masing-masing.

Inilah yang dipanggil pragmatik atau dikenali sebagai ‘makan keliling’. Mana-mana kuasa yang memberi keuntungan kepada mereka, mereka ‘tiada masalah’ untuk gadaikan prinsip.

(3)     Pengalaman ini pernah terjadi dalam sejarah Umat Islam di penghujung zaman Khilafah Abbasiah. Tentera Tatar yang meranapkan negara-negara Umat Islam, datang ke Baghdad untuk ber’bisnes’.

Baghdad ketika itu menjadi pusat pemerintahan Islam. Sekalipun Tatar menjahanamkan banyak negara Islam, namun disebabkan bisnes, Tatar diberi laluan untuk masuk Baghdad.

Setelah masuk ke pusat pemerintahan Islam itu, akhirnya mereka menyerang segenap sudut sehinggalah mereka menangkap khalifah dan dipijak beramai-ramai oleh mereka.

(4)     Sikap pragmatik dalam politik Islam sangat dipandang hina. Menipu sana-sini demi meraih kepentingan dunia. Jati diri sebagai seorang kepimpinan Islam tergadai dengan habuan dunia. – HARAKAHDAILY 5/12/2019