Banjir di Pantai Timur: Bantuan sangat diperlukan

HARI ini Khidmat Malaysia telah membuat tinjauan perkembangan banjir di Negeri Kelantan. 

Tinjauan Khidmat Malaysia terdiri daripada Ketua Pengarah Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Timbalan Ketua Pengarah sdr. Mohd Nazree bin Mohd Aris, Mohd Ashrul Hisyam bin Abd Jalil dan Mashadi bin Saien telah berkunjung ke Pusat Operasi Khidmat Malaysia Negeri Kelantan di Syabab Point, Kota Bharu bagi mendapatkan keadaan terkini bencana banjir di Kelantan.

Advertisement



Rombongan Khidmat Malaysia juga telah membuat lawatan ke Jajahan Tumpat yang terlibat dengan bencana banjir pada ketika ini. Di Tumpat terdapat tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka. Satu lagi jajahan yang masih berhadapan dengan bencana banjir adalah Jajahan Pasir Mas yang mana 15 PPS masih lagi beroperasi.

Di antara kawasan yang telah dilawati adalah DUN Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubur yang masih teruk terjejas dengan banjir. Terdapat seramai kira-kira 3,000 keluarga masih terlibat dengan bencana banjir. 



Khidmat Malaysia telah diberikan taklimat oleh ADUN Kelaboran YB Mohd Adanan bin Hassan dan ADUN Pengkalan Kubur YB Wan Roslan bin Wan Hamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Khidmat Malaysia menggesa supaya seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir di sana berupa makanan seperti beras, biskut, bekalan air mineral, kopi dan gula.



Turut bersama dalam lawatan ini adalah Mohd Hushaimi bin Hussian, Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Muhammad Aliman bin Ismail, Pengurus Operasi KM Kelantan merangkap Pengarah Jabatan AMAL Malaysia Negeri Kelantan. 

HAJI ZAKARIA ABDUL LATIF
Setiausaha Khidmat Malaysia,
@ Ketua Bilik Gerak Khidmat Malaysia.


Nota Sumbangan:
Hulurkan bantuan anda kepada KHIDMAT MALAYSIA melalui akaun Maybank 564294310529
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Hotline  011-1540 6625 atau 0326982000
Maklumkan sumbangan anda kepada 
Ketua Pengarah KM http://www.wasap.my/60197701830
Setiausaha KM http://www.wasap.my/60126935938
Bendahari KM http://www.wasap.my/60192230858

“Khidmat Malaysia”
“Ops Banjir”HARAKAHDAILY 6/12/2019