PASTI Iqra’ Karak perlu sumbangan baik pulih premis

    BENTONG: PASTI Iqra’ Karak memerlukan dana untuk membaikpulih keadaan lantai premis tersebut yang uzur bagi kelangsungan proses pembelajaran dan pengajaran sesi 2020 bakal bermula tidak lama lagi.

    Advertisement

    Sehubungan itu, tabung dana bagi tujuan tersebut telah dilancarkan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Sabai, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak di premis itu di Batu 4, Kampung Karak Setia, Karak, di sini kelmarin.

    Pada ketika ini, premis PASTI Iqra’ juga berfungsi sebagai Markas PAS Cawangan Bandar Karak merangkap Markas PAS Dun Sabai dalam menggerakkan pelbagai aktiviti PAS secara khusus di sini.

    Kerja-kerja awal membaikpulih telahpun giat dijalankan sejak 26 November lalu hingga ke hari ini yang menelan belanja sebanyak RM6,429.50, namun masih lagi memerlukan untuk menyempurnakan kerja berkaitan.

    Sehubungan itu dirayu kepada para dermawan untuk membantu kelancaran usaha ini menerusi sumbangan ke akaun Maybank 1560 8485 9464 atas nama PASTI Iqra’ Karak. – HARAKAHDAILY 6/12/2019