Ijtimak ‘Alimat Malaysia 2019

    KUALA LUMPUR: Ijtimak ‘Alimat Malaysia 2019 akan berlangsung pada 21 Disember depan bertujuan mengumpulkan para peserta dari kalangan ustazah seluruh Malaysia bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Gombak.

    Menurut Pengerusi Lajnah ‘Alimat dan Pembangunan Keluarga Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustazah Ana Mastura Ismail, program tersebut akan bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir pada jam 6.00 petang.

    “Antara tujuan Ijtimak ini adalah untuk melahirkan para ustazah yang mampu menggerakkan dakwah, tarbiyah dan siasah dalam masyarakat serta dapat berusaha menangani isu-isu setempat khususnya kepada golongan wanita.

    “Justeru saya menyeru kepada semua ‘alimat agar hadir beramai-ramai dalam program Ijtimak sebagai menyatakan komitmen para agamawan untuk menyumbang kepada kesejahteraan Malaysia di bawah kepimpinan Islam,” jelas Ustazah Mastura.

    Ijtimak akan dirasmikan Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh diikuti Forum ‘Alimat ‘Wanita Masa Kini di Malaysia: Isu Dan Penyelesaian’ dipanelkan Ustazah Mastura sendiri dan Ustazah Dr Uzaimah Ibrahim serta Ustazah Noorzila Mohamed.

    Selanjutnya Naib Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Khairul Muntanazar Ismail pula, akan turut membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ulamak: Cabaran dan Persediaan Dalam Menerajui Negara’.

    Untuk urusan pendaftaran peserta dan sebarang persoalan boleh hubungi talian 0134631373 atau 0199343270 di mana pendaftaran para peserta akan diuruskan melalui Ketua ‘Alimat Negeri-negeri. – HARAKAHDAILY 10/12/2019

    Advertisement