MP K.Nerus wakili Malaysia ke GOPAC Qatar

KUALA NERUS : Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama tiga lagi Ahli Parlimen mewakili Malaysia ke “Global Organization of Parliamentarians Against Corruption” (GOPAC) di Doha, Qatar pada 9 Disember 2019 (Isnin).

Advertisement

Program bermula dengan sesi perasmian Persidangan ketujuh, GOPAC oleh Speaker, Majlis Shura Qatar, Ahmad bin Abdullah bin Zaid al Mahmoud, pagi semalam.

Persidangan kemudiannya diikuti oleh ucapan daripada Pengerusi GOPAC (2015-2019) Hon. Dr. Fadli Zon dan Mrs Gabrielle Cuevaz Barron, Presiden, Inter-Parliamentary Union (IPU).

GOPAC adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang terdiri daripada ahli Parlimen dari seluruh dunia, bekerja sama untuk memerangi rasuah, menguatkan pemerintahan yang baik, dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Kata Dr Khairuddin, dalam persidangan GOPAC tahun ini, membincangkan dua topik yang utama, iaitu urus tadbir yang baik dan integriti.

Menurut beliau lagi, dua topik tersebut akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Libya, Majda Alfallah yang juga Ahli Lembaga Pengarah ARPAC (Arab Parliamentarians Against Corruption), Timbalan Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Indonesia, Dr HM Azis Syamsuddin, dan banyak lagi.

“Dua topik utama perbincangan dalam sidang kali ini ialah urus tadbir baik dan integriti.

“Topik-topik tersebut akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Libya, Majda Alfallah yang juga Ahli Lembaga Pengarah ARPAC (Arab Parliamentarians Against Corruption), Timbalan Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Indonesia, Dr HM Azis Syamsuddin, dan banyak lagi,”, ujar kata beliau sewaktu dihubungi, semalam.

Turut hadir mewakili Parlimen Malaysia ialah Dato’ Hasanuddin Mohd Yunos (Hulu Langat), Hasbi Habibollah (Limbang) dan Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highland). – HARAKAHDAILY 10/12/2019