Non-Muslim minat Islam diberi zakat

    Ustaz Ridzuan Hashim pada persidangan Dun Perlis.

    KANGAR: Kerajaan Negeri menjelaskan bantuan zakat kepada penduduk bukan Islam yang diamalkan sejak 2017 khusus melibatkan golongan yang berjinak-jinak dengan Islam.

    Advertisement

    Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana Negeri, Ruzaini Rais berkata, pemberian zakat kepada golongan tersebut yang didapati berminat dengan Islam.

    Contohnya kata beliau penduduk bukan Islam yang terbabit dengan bencana seperti ribut turut diagih sumbangan zakat.

    One Center dilantik untuk memantau mangsa yang terdiri dari penduduk bukan Islam yang memenuhi konsep tersebut untuk melayak menerima zakat,” katanya ketika menjawab soalan Ustaz Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Adun Guar Sanji) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.

    Baru-baru ini Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf ‘muallafah qulubuhum’ iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam. – HARAKAHDAILY 10/12/2019