Hutang awam Perlis menurun

    Azlan menunjukkan buku Bajet Negeri Perlis 2020.

    KANGAR: Keseluruhan hutang awam Perlis menurun kepada RM268.82 juta pada 2019 berbanding RM343.16 juta pada 2013 kata Menteri Besar Dato’ Seri Azlan Man.

    Advertisement

    Katanya, penurunan itu berlaku ekoran pelaksanaan proses hapus kira hutang sebanyak RM140.88 juta ringgit oleh Kerajaan Pusat.

    Kata beliau langkah Kerajaan Persekutuan itu membantu Kerajaan Perlis.

    “Hutang itu meliputi pinjaman dalam sektor bekalan air, sektor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKENPs), Perumahan Awam Kos Rendah dan sektor pelbagai,” katanya ketika membentang Belanjawan Perlis 2020 pada persidangan Dun semalam.

    Menurutnya juga biarpun terdapat tambahan beberapa pinjaman baharu, namun jumlah hutang awam Kerajaan Negeri masih mencatat penurunan.

    Kata beliau juga Kerajaan Negeri turut berusaha melunaskan sebanyak RM30.68 juta hutang sepanjang tempoh tujuh tahun sejak 2013. – HARAKAHDAILY 11/12/2019