PROTAPAS medan lahir pejuang masa depan

BUKIT GANTANG: Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Program Tarbiyah Anak Ahli PAS (PROTAPAS) di Hulu Cheh di sini bermula 7 Disember dan berakhir kelmarin dahulu.

Advertisement

Antara matlamat program disertai 48 peserta berusia 13 hingga 19 tahun ini adalah untuk melahirkan generasi pelapis yang cintakan Islam di samping mewujudkan kefahaman dan ikatan ukhuwah antara anak-anak ahli PAS.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini memberi pelbagai pengisian antaranya ‘Akidah Muslim’, ‘Perkara Membatalkan Akidah’, ‘Konsep Ibadah’, ‘Akhlak Islam’, selain pendedahan berkaitan ‘Nabi Muhammad Tokohku’.

Selain pengisian berbentuk tazkirah, peserta juga didedahkan dengan modul-modul dan latihan dalam kumpulan, selain pelbagai aktiviti fizikal seperti riadah dan sukan.



Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 11/12/2019