Pemuda buka 7 SMITI sesi 2020

ALHAMDULILLAH atas nikmat perjuangan Islam. InsyaaAllah bermula sesi persekolahan 2020, tujuh (7) buah sekolah rintis Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) akan mula dibuka.

Hari ini, Jumaat 13 Disember 2019 bersamaan 16 Rabi’ul Akhir 1441H telah berlangsung Perasmian SMITI Negeri Kedah yang disempurnakan oleh Ir. Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan SMITI Malaysia Hashan Aladi Ahmad, Ketua Pemuda PAS Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid, Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Muhammad Aizat Zakaria serta Pentadbir dan Pengurusan SMITI Kedah.

Dua (2) buah SMITI akan beroperasi di Kedah Darul Aman pada sesi 2020 iaitu SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok, Yan san SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok, Gurun.

Lima (5) lagi buah SMITI perintis adalah seperti berikut:

Perak Darul Ridzuan:

1.     SMITI At-Taalim, Seri Iskandar
2.     SMITI Al-Muallim, Tanjung Malim
3.     SMITI At-Taufiq, Gerik

Sabah negeri di bawah bayu:

1.     SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu
2.     SMITI Al-Furqan, Tawau

Jabatan Pembangunan SMITI telah memulakan gerak kerja sejak tahun 2018 bagi meneruskan kesinambungan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).

Jabatan SMITI Malaysia sebagaimana PASTI dan SRITI kini berada di bawah Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Pelancaran SMITI secara rasmi telah dilaksanakan pada Muktamar Tahunan DPPM Kali Ke-60 2019.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Harian dan Ahli Lembaga Pengarah SMITI Malaysia sesi 2019-2021:

Ahli Jawatankuasa Harian

Ketua Pengarah​​: 
Hashan Aladi Ahmad​

Timbalan Ketua Pengarah​​
(Sektor Pengurusan dan Pentadbiran​):
Ahmad Mokhtaza Mokhtaruddin​
    
Timbalan Ketua Pengarah​​
(Sektor Pembangunan Akademik​​): 
Ustaz Mohd Labib Abd Jalil​

Timbalan Ketua Pengarah
(Sektor Pembangunan Manusia):
Abd Khidir Dewa​

Timbalan Ketua Pengarah
(Sektor Hal Ehwal Murid)​​​: 
Ustaz Dr. Khaled Mat​

Setiausaha​​: 
Ustaz Marul Hairi Mokhtar​

Penolong Setiausaha​: 
Ustaz Ikmal Izwan Rosli

Bendahari​:
Rosli Suhaime

Penasihat Undang-undang:
Noorhisham Abdullah

Ahli Lembaga Pengarah

Sektor Pengurusan dan Pentadbiran​:
Ahmad Mokhtaza Mokhtarudin (Ketua)

Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran​:
Ahmad Mohktaza Mokhtaruddin

Pengarah Bahagian Ekonomi dan Perbekalan​:
Rosli Suhaime

Pengarah Bahagian Pendaftaran atau Rekod atau Data​:
Ustaz Marul Hairi Mokhtar

Pengarah Bahagian ICT atau Penerbitan​:
Shahril Rezal Saidon

Sektor Pembangunan Akademik​​:
Ustaz Mohd Labib Abd Jalil (Ketua)

Pengarah Bahagian Kurikulum:
Ustaz Mohd Labib Abd Jalil

Pengarah Bahagian Tahfiz atau Hafazan​:
Ustaz Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman

Pengarah Bahagian Al-Quran atau Bina Bahan​:
Dr. Hasnah Husain

Pengarah Bahagian Peperiksaan​:
Ustaz Ikmal Izwan Rosli

Pengarah Bahagian Penaziran​ dan Kualiti​:
Ahmad Wafa Abd Rahman​

Sektor Hal Ehwal Murid​​​​:
Ustaz Dr. Khaled Mat (Ketua)

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Murid​:
Ustaz Dr. Khaled Mat

Pengarah Bahagian Kokurikulum​​:
Ustaz Mohd Khusairi Abdul Rahim

Pengarah Bahagian Tarbiah dan Kepimpinan​:
Ustaz Ali Ahmad Yusuf

Pengarah Bahagian Asrama atau Tugas-tugas Khas:
Ustaz Mohd Saifuddin Mohd Tajuddin

Sektor Pembangunan Manusia​​:
Abd Khidhir Dewa (Ketua)

Pengarah Bahagian HEG atau Latihan Guru​​:
Abd Khidhir Dewa

Pengarah Bahagian Latihan Pengurusan​: Mohd Solehan Ahmad Shah

Pengarah Bahagian Kebajikan dan Takaful SMITI:
Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih​​

Pasukan Pemikir dan Lembaga Pakar

Pasukan Pemikir atau Think Tank SMITI​

Ketua​:     Dr. Mohd Huzairi Husain
Timbalan Ketua 1​:     Prof. Dr. Habib Mat Som
Timbalan Ketua 2​:     Dr. Abd Aziz Omar
Setiausaha​:     Ustaz Marul Hairi Mokhtar

Lembaga Pakar Kurikulum SMITI

Ketua​​:     Dr. Roseman Abd Rahman
Timbalan Ketua​:     Ustaz Mohd Labib Abd Jalil
Setiausaha​:     Ustaz Ikmal Izwan Rosli

Adalah diharapkan semoga segala gerak kerja SMITI Malaysia akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Doakan semoga kita semua dapat terus melaksanakan khidmat di bidang pendidikan ini dengan yang terbaik ke arah kecemerlangan jamaah, negara dan ummah:

Advertisement



سيروا على بركة الله



MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI
Ketua Sektor Pendidikan
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) – HARAKAHDAILY 14/12/2019