Ziarah Medik Prihatin santuni pesakit di Pekan

    PEKAN: Muslimat Medical Team atau MusMedik telah mengadakan Ziarah Medik Prihatin pesakit yang memerlukan perhatian rawatan perubatan di Taman Sepekan Jaya, di sini kelmarin dahulu.

    Advertisement

    MusMedik yang merupakan badan amal dan kaunseling perubatan turut membawa mesej dakwah dan kebajikan PAS menerusi tenaga pasukan perubatan Muslimat di mana Penaung MusMedik Pekan ialah Dr Harison Md Amin.

    Menurut beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Pekan, MusMedik Pekan telah dibentuk pada Februari lalu di mana pada pasukan ini telah turut sama membantu kelangsungan Muktamar Muslimat PAS di Gambang, Kuantan.

    Oleh yang demikian maklumnya, Ziarah Medik Prihatin ini menjadikan ia aktiviti rasmi pertama MusMedik Pekan diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Pekan, Siti Hawa Mohamed.

    Hadir sama dalam sesi ziarah ini ialah Pegawai Perubatan, Dr Ruhayah Din, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan, Roshayati Yahaya dan Ustazah Kalsom Abd Latif serta Ahli Jawatankuasa Inventori, Rubiah Zainal Abidin.

    Pesakit yang diziarahi telah diberi pemeriksaan kesihatan dan nasihat serta doa syifa’, selain sumbangan berupa medik kit, wang dan keperluan dapur. – HARAKAHDAILY 16/12/2019