Gombak jadi pusat kumpul bantuan banjir

    GOMBAK: Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Khidmat Malaysia telah membuka pusat pengumpulan barang bantuan banjir di Pusat Bandar Sri Gombak, di sini kelmarin dahulu.

    Advertisement

    Dengan kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk ke negeri-negeri Pantai Timur, inisiatif tersebut akan menyelaras dan mengumpul kekuatan bersama bagi operasi bantuan banjir kali ini.

    Untuk fasa pertama, jangkaan tempoh operasi adalah sehingga 31 Disember ini bergantung kepada situasi semasa banjir yang melanda sebelum diputuskan untuk lanjutan masa.

    Tiga khemah telah didirikan bagi menerima dan menempat barang bantuan di mana keperluan ketika ini adalah makanan, minuman dan keperluan harian untuk kanak-kanak dan dewasa.

    Sehingga kini pusat pengumpulan ini telah dapat mengumpulkan lebih 2 tan beras, selain turut berharap agar para sukarelawan dapat menawarkan diri untuk sama memberi khidmat.

    Ketika ini, semua kerja-kerja sedang dikendali urus oleh anggota Jabatan Amal Malaysia Selangor dan orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pihak operasi.

    Antaranya Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (0197701830) atau Pengarah Operasi, Shehdi Hazrik Shamsudin (0192466469). – HARAKAHDAILY 17/12/2019