Hari Assabiqun Melaka 21 Dis

KUALA LUMPUR: Sidang Assabiqun Melaka akan menganjurkan Hari Assabiqun Melaka pada 21 Disember ini di Bukit Baru bermula jam 8.30 pagi.

Advertisement

Pengerusi Sidang Assabiqun, Haji Subky Abdul Latif akan hadir bersama Setiausaha dan Bendahari.

Hari Assabiqun adalah bagi merai dan mengenang jasawan PAS berusia 55 tahun ke atas yang sekarang sudah tidak aktif kerana uzur dan faktor usia, namun majlis juga terbuka kepada semua

Sekalian penyokong PAS Melaka semua lapisan wajar hadir beramai-ramai meraikan orang yang pernah berjasa itu. – HARAKAHDAILY 17/12/2019