MPPUMK tangani isu sara hidup mahasiswa

    BACHOK: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (MPPUMK) sesi 2019-2020 berikrar menyelesaikan masalah kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

    Advertisement

    Yang Dipertua MPPUMK, Ahmad Hurairah Mohd Noor berkata, walaupun bantuan seperti food bank dan zakat disediakan, namun kesedaran terhadap manfaat itu masih kurang.

    “Sekarang bukan zakat tidak ada, bukan bantuan seperti food bank tidak ada, tetapi masalahnya mahasiswa itu sendiri tidak memohon.

    “Jadi kami sebenarnya menyampaikan maklumat serta memupuk kesedaran kepada kalangan mahasiswa yang tidak cakna dengan diri mereka sendiri,” katanya selepas majlis penyampaian watikah pelantikan ahli MPPUMK sesi 2019/2020 di Bangunan Censelori Kampus Bachok di sini semalam.

    Pada majlis itu seramai 24 mahasiswa dari lapan fakulti pengajian menerima watikah pelantikan dari Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Ts Dr Noor Azizi Ismail. – HARAKAHDAILY 17/12/2019