Skuad Prihatin jalankan Misi Bantuan Banjir di Johor

    SIMPANG RENGGAM: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah menjayakan Misi Bantuan Banjir di sekitar Skudai dan Simpang Renggam, di sini kelmarin.

    Advertisement

    Misi dengan berkolaborasi bersama Khidmat Malaysia itu berikutan kawasan tersebut merupakan bahagian yang terkesan dengan musibah banjir yang telah melanda baru-baru ini.

    Justeru itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat Johor, Arbakyah Kassman telah mengetuai misi banjir bagi memberi bantuan dan menyantuni mangsa banjir di pusat penempatan banjir di sekitarnya.

    Turut hadir bersama ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Malek bersama Penolong Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Huda Nordin memberi sokongan terhadap mangsa banjir tersebut.

    Sumbangan yang diserahkan berupa kit wanita, makanan serta beberapa keperluan peribadi mangsa sesuai dengan keadaaan semasa. 

    Skuad Prihatin bakal meneruskan misi bantuan ini ke daerah lain yang turut terjejas di mana masih ramai mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan memerlukan bantuan.

    Oleh itu, orang ramai dialu-alukan agar menghulurkan bantuan melalui akaun Maybank 5640 2540 0711 di atas nama DMPP dengan nota ‘MisiBanjir’ dan bukti transaksi boleh dimaklumkan kepada Dr ‘Uyun (019-3577502).HARAKAHDAILY 19/12/2019