Boling ikat ukhuwah ahli PAS Shah Alam

SHAH ALAM: Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Kesenian PAS Kawasan Shah Alam telah menganjurkan Kejohanan Boling Ukhuwah di Ole Ole Shopping Centre, di sini hari ini.

Advertisement

Kejohanan antara PAS Cawangan ini telah melibatkan 122 peserta mewakili 22 PAS Cawangan ini bertujuan mengerat ukhuwah dan silaturahim antara ahli-ahli PAS dalam Kawasan ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Kesenian PAS Shah Alam hadiah-hadiah pertandingan disumbangkan Yang DiPertua PAS Shah Alam, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.

Turut bersama dalam kejohanan ini adalah Setiausaha PAS Shah Alam, Mohd Faizal Ismail dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim

Menurut Aubidillah, program santai kekeluargaan begini penting dalam berjemaah kerana menjadikan hubungan ukhuwah semakin kuat dan utuh sesama anggota.

“As-Syahid Imam Hassan al-Banna meletakkan ukhuwah sebagai salah satu Rukun Bai’ah menunjukkan perjuangan ini memerlukan kita bergerak secara berjemaah dan menitikberatkan ikatan ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/12/2019