Pelajar terima sumbangan pakaian sekolah ADUN Tahan

JERANTUT: Pejabat ADUN Tahan telah mengadakan Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Sekolah 2.0 yang dilangsungkan di Dewan Masjid Tengku Abdullah, di sini awal bulan ini.

Advertisement

Majlis dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Yohanis Ahmad yang turut membuat serahan baucar bernilai RM100 kepada 210 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Menurut ADUN Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Maklumnya, pemberian tersebut dapat dijayakan hasil sumbangan para dermawan dan beliau berdoa agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki dan kesejahteraan seisi keluarga buat mereka.

Para penerima selepas itu terus dibawa ke Pasaraya SAKAN Cawangan Jerantut untuk memilih sendiri kelengkapan persekolahan dengan cara menebus baucar yang telah diberikan.

Ustaz Zakhwan selepas majlis tersebut berkesempatan hadir dan meraikan empat jemputan kenduri masing-masing di Kampung Gol, FELDA Sungai Retang, FELDA Padang Piol dan Kampung Perias. – HARAKAHDAILY 22/12/2019