PAS Lumut santuni pelajar menjelang sesi 2020

LUMUT: PAS Kawasan LUMUT telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Back to School’ yang dilangsungkan bertempat di Padang Stesen Bas Seri Manjung, di sini kelmarin.

Advertisement

Majlis yang merupakan program tahunan anjuran Lajnah Kebajikan PAS Lumut ini telah digerakkan daripada hasil sumbangan ahli PAS dan masyarakat sekitar Parlimen Lumut.

Matlamat program adalah untuk merapatkan hubungan PAS dan komuniti setempat, di samping menyahut seruan agama yang menganjurkan ummatnya sentiasa prihatin membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Ahli PAS dan masyarakat digalakkan untuk meneruskan budaya pemurah, dengan memberi sumbangan tanpa mengira agama dan bangsa kerana ia telah menjadi budaya kepada ahli PAS membantu mereka yang memerlukan,” ujar Yang DiPertua PAS Lumut, Rosli Abdul Rahman.

Pada program ini seramai 52 penerima sumbangan telah diraikan dengan pemberian kelengkapan persekolahan menjelang sesi baharu 2020 tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 23/12/2019