DACS rakam takziah buat keluarga Izuan Ibrahim

JABATAN Seni, Budaya dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum Izuan Ibrahim sahabat handai dan warga Badminton Academy (IIBA) di atas pemergian beliau kembali kerahmatullah malam ini (23 Disember).

DACS Malaysia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan permata negara dan insan yang begitu dedikasi dalam sukan badminton negara khususnya kerjayanya sebagai seorang jurulatih bermula di Nusa Mahsuri, kemudian membimbing pemain  ternama negara Jepun serta kembali ke tanah air melatih pasukan remaja Kebangsaan dan pasukan badminton Perlis.

Malah beliau bakal memulakan khidmat kejurulatihannya di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) beberapa hari lagi tidak kesampaian. Semoga segala jasa dan  usaha Almarhum dalam membangunkan bakat sukan badminton dapat diteruskan legasi yang ditinggalkan beliau dan sama-samalah kita membantu sewajarnya, InsyaAllah.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan Allah S.W.T.

HAFEZ SABRI
Ketua Pengarah DACS Malaysia
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 24/12/2019

Advertisement