PRK Kimanis: PAS sokong calon Umno

PAS menyokong sepenuhnya langkah Umno mewakili Barisan Nasional (BN) meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, yang akan diadakan pada 18 Januari 2020 berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang memihak kepada BN melalui calonnya Datuk Seri Anifah Aman.

Advertisement

PAS yakin Umno akan meletakkan calon yang paling sesuai sebagai langkah mempertahankan kerusi yang dipegang oleh BN sekian lama.
Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting bagi menguatkan lagi suara Pembangkang di peringkat nasional sebagai ‘semak dan imbang’ (check and balance) khususnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan Negeri Sabah.

PAS mengesahkan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera BN di Kimanis pada 1 Januari 2020.


Di samping itu PAS akan menghantar pimpinan kanan Parti terutama dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri Hari Penamaan Calon pada 04
Januari 2020 sebagai sokongan kepada Calon Pembangkang dari BN.

PAS juga akan menggerakkan Jentera Pilihan Raya terutamanya dari Kawasan-kawasan di Sabah untuk turun membantu Calon BN dalam PRK ini bagi memastikan Kimanis kekal di tangan Pembangkang.


Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 23 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 23/12/2019