Perak berhasrat lahirkan pimpinan berjiwa AMAL

    KAMPAR: Kualiti dan jati diri seperti anggota Jabatan Amal (AMAL) perlu ada pada setiap bakal pemimpin, demikian ditegaskan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di Kem Al-Falah, Kuala Dipang, di sini kelmarin dahulu.

    Advertisement

    “Kalau kualiti kepimpinan atau kualiti jati diri yang ada pada AMAL itu dapat diwujudkan pada keseluruhan kepimpinan, insya-Allah mudah untuk kita bawa parti ini. Sebab itu kita tengok (anggota) yang berada dalam AMAL, dia tak kisah apa jawatan dia. Dia tak kisah apa latar belakang dia.

    “Panggil, dia tak fikir apa. Pangkat, dia tak kira. Duduk tang (di) mana pun, tak ada masalah. Bila kita panggil nak pi mana, tak pernah orang tanya pun pasal tambang. Tapi dia sampai,” ujar beliau dalam majlis penutup Kursus Asas Kemahiran AMAL (KAKA) 2019.

    Ujar beliau lagi, faham dan ikhlas merupakan faktor utama kalangan anggota AMAL berlulusan tinggi mampu menjalankan sebarang tugasan AMAL, namun tidak dikenali atas kelulusan akademiknya itu.

    Menurut beliau, pimpinan PAS Negeri Perak komited untuk meletakkan kualiti yang ada pada AMAL itu pada kepimpinan PAS di setiap peringkat.

    Beliau turut mengucapkan tahniah atas penganjuran KAKA 2019 yang disifatkan beliau sebagai suatu proses untuk melahirkan jati diri pejuang Islam. – HARAKAHDAILY 25/12/2019