ARC Pulau Pinang anjur Santai Boling

BUKIT MERTAJAM: Unit Tarbiyah Alternative Riding Club (ARC) Pulau Pinang, anjuran Unit Tarbiah telah berjaya menganjurkan Santai Boling di Pasaraya Mydin, di sini kelmarin.

Advertisement

Seramai 40 peserta dalam kalangan ahli ARC mewakili setiap Kawasan hadir menyertai program yang julung-julung kalinya diadakan di peringkat Negeri Pulau Pinang ini.

Selain memupuk budaya hidup sihat dan aktif, program ini juga dapat menarik minat lebih ramai anak muda di samping mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli.

Pengarah ARC, Shahidan Saad berkata, program ini bertujuan menghimpunkan seramai mungkin ahli ARC seluruh Pulau Pinang dan bakal diteruskan pada masa akan datang.

“Pada keseluruhan matlamat dan program ini tercapai dan para peserta begitu teruja dan gembira dengan aktiviti seperti ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 27/12/2019