BTS DHPP Hulu Langat santuni kaum India

HULU LANGAT: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Hulu Langat telah menghulurkan sumbangan bersempena program ‘Back to School’ (BTS) untuk masyarakat India di sekitar DUN Dusun Tua, semalam.

Advertisement

Program dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Hulu Langat serta Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ini telah dilangsungkan bertempat di Pejabat Dewan Pemuda Hulu Langat di Nanding, di sini.

Para penerima adalah dalam kalangan penduduk Taman Alam Jaya, Suntex, Taman Seri Nanding dan Taman Titiwangsa, sekali gus sebagai salah satu usaha menyuburkan hubungan di antara pelbagai kaum serta agama.

Pemberian berbentuk derma, barangan alat tulis dan beg yang juga sumbangan dari Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Selangor ini walaupun bukan suatu yang besar namun, diharap memberi erti bermakna buat penerima.

Naib Yang DiPertua PAS Hulu Langat, Shahril Adha Zamhury dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Hulu Langat, Shafarin Baharom hadir menyerahkan sumbangan di Baitul Ikhwan di Taman Lagenda Suria ini.

Mereka diiringi Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Hulu Langat, Ramu Balakrishnan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa DHPP Hulu Langat yang lain. – HARAKAHDAILY 29/12/2019