Komunis bela DAP?

RAMAI yang menuduh DAP cuba menulis kembali sejarah dan mahu menganggap PKM juga sebagai terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan walaupun rakyat Malaysia rata-rata membenci pengganas PKM.

DAP mungkin tidak sama dengan PKM tetapi tindak-tanduknya mahu mengiktiraf dan mengagungkan perjuangan PKM meletakkan mereka sebagai pro PKM.

Mereka tidak menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang malah pemimpin mereka hadir meraikan perjuangan PKM di Kajang baru-baru ini.

Tiba-tiba ada yang bangkit membela DAP.

Bukan calang-calang orang, si 96 tahun bekas Komander Regimen ke 10 pasukan pengganas komunis yang pernah bertempur dan membunuh anak-anak bangsa kita, Abdullah CD bangkit menafikan yang DAP dan PKM itu sama.

Hebat DAP sehingga pengganas Komunis tua yang terbuang di Thailand bersedia membelanya.

Inilah DAP. Apa lagi mahu dikatakan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 30/12/2019

Advertisement