Peranan bersama pantau tragedi pencemaran sungai

    RAKYAT telah dikejutkan lagi dengan kejadian pencemaran Sungai Semenyih pada lebih kurang dua minggu yang lepas. Ini menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah dihentikan operasi pada 21 Disember lepas. Ini telah menjejaskan 336, 930 akaun pengguna di Selangor yang bergantung bekalan air daripada loji tersebut. Berita tersebut boleh dirujuk melalui link berikut:
    https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/640823/pencemaran-sungai-semenyih-336930-akaun-terjejas

    Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini telah berlaku pada tahun ini seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Air Urus Selangor (LUAS) pada link berikut mengenai pencemaran pada 26 Jun lepas:
    https://www.luas.gov.my/v3/images/KenyataanMedia/2019/KENYATAAN-MEDIA-PENCEMARAN-BAU-DI-SUNGAI-SEMENYIH-01.pdf

    Ia juga terjadi lagi pada 28 September lepas seperti kenyataan LUAS di link berikut:
    https://www.luas.gov.my/v3/images/KenyataanMedia/2019/PENCEMARAN-SISA-BAU-PELARUT-DI-SUNGAI-SEMENYIH.pdf

    Jika dikira pencemaran yang telah berlaku pada tahun sebelumnya, perkara ini sudah menjadi satu kelaziman yang menyebabkan kesusahan kepada sebahagian besar rakyat di negeri Selangor yang maju ini.

    Walaupun pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan laporan polis untuk pencemaran yang terkini, siasatan untuk pencemaran yang lepas pun masih belum menemui punca atau pendakwaan terhadap pihak yang bertanggungjawab berdasarkan berita terkini.

    Sementara kami menunggu hasil siasatan yang selalunya panjang dan mungkin tidak berkesudahan, PAS Kawasan Hulu Langat menggesa rakyat untuk menjadi mata dan telinga negara kita dalam isu ini. Sekiranya kita ternampak aktiviti tidak normal berkaitan pembuangan sesuatu bahan di tempat yang tidak sepatutnya atau menjumpai tapak pelupusan haram buangan terjadual, segera melaporkannya kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui nombor berikut:

    Talian Aduan: 03-8889 1972 atau Hotline: 1-800-88-2727 dengan memberikan maklumat berikut:-

    (i)     Lokasi tapak;
    (ii)     Nombor pendaftaran dan jenis kenderaan yang disyaki;
    (iii)     Maklumat mengenai pihak yang terlibat.

    PAS Kawasan Hulu Langat juga menyeru rakyat untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan sisa terjadual melalui link berikut:
    https://www.doe.gov.my/portalv1/info-untuk-industri/maklumat-umum-buangan-terjadual/soalan-lazim-mengenai-buangan-terjadual/392

    Rakyat yang berpengetahuan tinggi dan peduli dalam isu alam sekitar akan membantu JAS untuk melindungi alam sekitar dengan lebih berkesan, mempercepatkan pendakwaan dan pensabitan terhadap penjenayah alam sekitar dan mengelakkan kemungkinan berlakunya campurtangan politik.

    Sekian, terima kasih.

    HAJI MOHAMAD JAN SULONG
    Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Langat – HARAKAHDAILY 30/12/2019

    Advertisement