Blok Islam: Sejarah dan harapan

IMAM Hassan al Banna dan Usul 20

(1)     Usul 20 merupakan himpunan 20 prinsip daripada kata-kata Imam Hassan al-Banna. Ia dikarang pada zamannya menggambarkan realiti Umat Islam berpecah.

Perpecahan Umat Islam dalam banyak perkara, dirumuskan sehingga menjadi 20 prinsip. Kata-katanya sangat segar, dan melangkaui zaman.

(2)     Perpecahan Umat Islam merupakan realiti hingga ke hari ini. Imam Hassan al-Banna hidup di era antara Perang Dunia Pertama hingga Perang Dunia Kedua.

Menyaksikan Islam berada di ambang perpecahan setelah bertembung sesama sendiri ketika runtuhnya Uthmaniah. Apatah lagi Umat Islam sendiri yang tanpa sedar menjadi biji catur Barat.

(3)     Di zaman mudanya, beliau melihat British semakin pancit sebagai kuasa besar. Peperangan yang panjang akhirnya ‘memenatkan’ British.

Pasca Perang Dunia Pertama, menyaksikan kuasa-kuasa bertarung dan bertempur demi merebut piala kuasa besar yang bakal dilepaskan oleh British.

(4)     Ketika itu jugalah Uthmaniah menghembuskan nafas terakhirnya setelah berdiri lebih 600 tahun sejak 1299 Masihi. Kegemilangan Uthmaniah kian malap.

Seiringan dengan Umat-umat Islam yang lebih seronok hidup berpecah-pecah. Antaranya Arab Revolt 1917 apabila orang orang Arab ‘terkena’ dengan catur British.

Gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah

(1)     Sentimen Arab dibakar dengan maraknya bagi menentang Uthmaniah. Umat Islam terjerumus di atas papan catur British yang didalangi oleh Zionis.

Zaman Imam Hassan al-Banna yang penuh rencam itu, menyebabkan beliau banyak membawa Islam kepada penyelesaian kepada perpecahan.

(2)     Namun, apakan daya. Umur seorang manusia tidak cukup untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Usaha mengembalikan Khilafah Islamiah tidak hanya diusahakan oleh beliau.

a-     Di Turki munculnya Syeikh Sa’id Baiduzzaman an Nursi cuba mengembalikan Islam pada kedudukan. Setelah mana beliau mengalami siri-siri penipuan.

Iaitu siri-siri penipuan hasil agenda British yang memperalat geng-geng Pasha sebagai proksi. Kehidupan beliau berakhir di penjara, dan kemudian di tali gantung.

b-     Di Asia Tenggara munculnya usaha membina Empayar Melayu Raya yang diusahakan oleh beberapa orang seperti Dr Burhanuddin al Helmi dan Sukarno dari Indonesia.

Usaha ini dilihat cuba membina Khilafah Islamiah. Namun British telah meng hijack pelan perancangan ini sehinggalah agenda ini berkubur, dikuburkan oleh tali tali barut British.

c-     Di India, lahirnya tokoh seperti Maulana Ilyas al Kandahlawi mengasaskan Jemaah Tabligh pada 1925, dan seterusnya pada 1941 Abul A’la al Maududi menubuhkan Jamaat Islami di Lahore Pakistan

Masing-masing berusaha mengembalikan Khilafah Islamiah, yang merupakan kuasa Islam dan juga kewajipan untuk menyatukan Umat Islam.

Melayu Raya 1947

(1)     Di Tanah Melayu, setelah melalui banyak siri pertembungan dengan penjajah khususnya British, kemudian Jepun, akhirnya usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu berhasil pada 1947

Pakatan Malaysia dan Indonesia cuba membina sebuah empayar yang menguasai Nusantara. Namun ia berjaya digagalkan oleh British sepertimana yang saya nyatakan tadi.

(2)     Antara faktor utama kegagalan yang dilihat, ialah gugurnya bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki bagi menamatkan pengaruh Jepun, khususnya di Nusantara.

Maka, agenda untuk memerdekakan Tanah Melayu pada 1947 berdasarkan keizinan Maharaja Jepun terencat. British kembali masuk Tanah Melayu melalui tali-tali barut.

(3)     Indonesia isytihar merdeka ‘sorang-sorang’ kerana Malaysia (Tanah Melayu) dijajah oleh British semula. Seolah-olah Bom Atom digugurkan adalah untuk menyekat kebangkitan Khilafah Islamiah.

Jika ada yang bertanya kenapa bom Atom tidak digugurkan di Tanah Melayu terus? Logiknya persaingan ketika itu antara British dan Jepun.Tanah Melayu adalah negara yang terjajah. Bukan kuasa besar.

(4)     Pada 1957 kemerdekaan Tanah Melayu di ‘setup’ oleh British. Frame yang sama sepertimana kemerdekaan yang diberikan oleh British kepada negara-negara lain.

Iaitu tidak memberikan kemerdekaan begitu sahaja. Mereka akan pastikan bahawa Tanah Melayu kekal di bawah pengaruh British. Sehinggalah wujudnya persaingan pengaruh pada hari ini

Blok Islam di tengah persaingan pengaruh

(1)     Istilah ‘pengaruh British’ boleh dikatakan sudah basi. Apatah lagi Amerika muncul sebagai kuasa besar pada 1945, dan bersaing dengan Soviet sejak 1947.

Ketika persaingan kuasa besar antara Amerika dan Soviet (1947-1991) menggambarkan bagaimana Malaysia diserang dengan pengaruh Soviet.

(2)     Iaitu masuknya tentera Komunis pada 1948 yang berbekalkan alasan menghalau penjajah British. Masyarakat Melayu ada yang menjadi tali barut British.

Dalam masa yang sama, ada orang Melayu yang jadi Komunis untuk menentang pengaruh British. Namun, para pelopor gerakan Islam ketika itu berusaha membina blok sendiri.

(3)     Antara yang terawal, munculnya Hizbul Muslimin pada 1948. Namun dicantas oleh British atas bantuan tali-tali barut di kalangan orang Melayu.

Sehinggalah munculnya PAS pada 1951 hasil usaha bergerak atas tiket demokrasi. Persaingan Amerika dan Soviet agak segar ketika itu.

Menyebabkan Malaysia diancam dengan Komunisme. Umno yang ditubuhkan pada 1946 dilihat tidak bawa agenda Islam ketika itu. Bahkan dilihat cenderung kepada pengaruh British.

(4)     Ini antara sebab yang konkrit bagi para Ulamak ketika itu menubuhkan PAS. Iaitu membina blok sendiri. Tidak terhanyut dengan pengaruh British, atau tidak terikut dengan persaingan Komunis Soviet.

Blok Islam kuasai dunia

(1)     Gerakan Islam bukanlah disandarkan kepada individu-individu tertentu. Bukanlah bermaksud apabila individu tersebut mati, maka matilah gerakan itu. Sebaliknya terus kekal.

HAMAS masih hidup, sekalipun Syeikh Ahmad Yassin telah gugur syahid dibom. Begitu juga gerakan-gerakan Islam yang lain. Begitu juga Ikhwan Muslimin. Sekalipun Imam Hassan al-Banna syahid ditembak, namun gerakannya masih hidup.

(2)     Walaupun sememangnya ada kritikan dan kekurangan, sekurang-kurangnya ia lebih bagus daripada Umat Islam terus menjadi pasir pantai hidup berpecah. Islam perlu bersatu.

(3)     Sekadar contoh, dua laluan laut yang menjadi perhatian. Ada yang beranggapan sesiapa yang menguasai kedua-duanya, seolah olah menguasai dunia.

Iaitu Tanduk Afrika dan Selat Melaka. Kedua-dua laluan ini berada di laluan laut negara-negara Islam;

a-     Tanduk Afrika melalui Yaman, Somalia, Arab Saudi, Sudan, Mesir, Eriteria dan Djibouti. Majoriti adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

b-     Selat Melaka di celah antara Malaysia dan Indonesia yang mana kedua-duanya adalah negara majoriti Umat Islam

(4)    Apabila diukur dari segi logik, sekiranya Islam bersatu di bawah satu kuasa, ada potensi besar menguasai dua laluan laut ini, lantas menguasai dunia.

Apatah lagi negara-negara di persisiran Laut Mediterranean atau di kawasan Afrika Utara majoritinya adalah Umat Islam. Bahasa mudahnya, Islam berpotensi menguasai Timur dan Barat. – HARAKAHDAILY 1/1/2020

Advertisement