PROTAPAS bina diri dan kecaknaan politik

SELAMA: Program Tarbiyah Anak PAS (PROTAPAS) anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda PAS Kawasan Larut telah diadakan di Kem Assalam, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program, Hafizul Fikri, PROPATAS berobjektif membina serta memperkukuhkan semangat dan jati diri sebagai pejuang Islam serta memberikan kefahaman mengenai perkara asas dalam agama.

Advertisement



Pelbagai telah disusun dalam PROTAPAS meliputi segenap aspek bermula dengan akidah, ibadat, akhlak di samping modul dan latihan berkumpulan bagi melatih peserta dalam aspek kepimpinan.

Seramai 38 peserta berusia 13 tahun hingga 18 tahun memberi maklum balas yang positif kepada program di samping lokasi berdekatan air terjun menambahkan lagi keterujaan peserta.

Majlis penutup telah dirasmikan ADUN Selama, Ustaz Akmal Kamarudin yang menekankan kepentingan mendalami dan bersungguh dalam pelajaran terutamanya pendidikan Islam.

Ustaz Akmal turut memperingatkan kepada peserta supaya sentiasa mempunyai sifat kecaknaan politik Islam dalam diri, serta menggarap ilmu dan akhlak dalam kehidupan dan menjadi teladan ramai.

Turut hadir ialahPengarah Jabatan Pembangunan Remaja Pemuda PAS Negeri Perak Ustaz Amar Jamaludin yang turut menyampaikan pesanan kepada para peserta supaya menjaga kehormatan diri.

Nasihatnya, peserta perlu menjaga diri dari terlibat dalam gejala yang tidak sihat dan menjaga imej Islam serta menyebarkan roh Islam walau di mana berada supaya benih Islam sentiasa berkembang. – HARAKAHDAILY 2/1/2020