Dimasuk dalam ‘bakul sampah’ kerana gagal jadi ‘sampah’

    ALOR SETAR: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipaksa masuk ke dalam ‘bakul sampah’ kerana ‘gagal’ menjadi ‘sampah’ yang boleh ‘disapu’ oleh DAP.

    Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Alor Setar, Zulkifli Che Haron berkata, selepas PRU14 DAP menjadikan dominan dalam parti kerajaan pemerintah di mana dominasi itu dibantu oleh para pengkhianat.

    Menurutnya, dalam kamus DAP, para pengkhianat adalah sangat mudah untuk diurus oleh mereka, bahkan boleh memberi keuntungan kepada parti itu yang dianalogikan beliau seperti sampah.

    “Mengurus sampah tidak sepayah mana. Penyapu juga boleh mengurus sampah. Bagi DAP, pengkhianat yang diberi jawatan perlu menjadi ‘sampah’.

    “Sekiranya gagal menjadi ‘sampah’, DAP akan menjadikan bahan itu yang berada dalam ‘bakul sampah’. Begitulah yang telah dialami oleh Dr Maszlee.

    “Walaupun berada dalam satu pakatan, tetapi kerana gagal memenuhi kehendak DAP, maka Dr Maszlee kini dipaksa masuk ke dalam ‘bakul sampah’,” terangnya.

    Bidas beliau, bermula dengan isu UEC, komik sehingga terkini 3 muka surat tulisan Jawi, serta gagal memenuhi kehendak Dong Jiao Zong, serta lain-lainnya, akhirnya Dr Maszlee terpaksa akur dengan tuntutan DAP.

    Jelasnya, walaupun ada sekelumit rasa untuk menjaga kepentingan tulisan Jawi; warisan Melayu, akhirnya terpaksa melepaskan jawatan Menteri Pendidikan. – HARAKAHDAILY 3/1/2020

    Advertisement