Menteri Pendidikan mesti Melayu Islam

BENAR kita tidak setuju dengan Dr Maszlee Malek dalam beberapa perkara. Tetapi saya tetap menghormati kesungguhan dan dayausaha beliau.

Advertisement

Saya harap tujuan perletakkan jawatan beliau bukanlah kerana tunduk kepada desakan pihak tertentu supaya memberi laluan kepada agenda yang melemahkan usaha memperkukuhkan dasar pendidikan kebangsaan yang berpaksikan Perlembagaan Malaysia.

Pengganti beliau sebagai Menteri Pendidikan mestilah seorang Melayu, Islam yang punya kualiti yang lebih baik dan mempunyai iltizam memperkukuhkan jatidiri pendidikan berasaskan acuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
3 Januari 2020/ 7 Jamadilawwal 1441H – HARAKAHDAILY 3/1/2020