PAS Sepanggar akan wujudkan kelas Bahasa Cina

PAS Kawasan Sepanggar akan mewujudkan kelas Bahasa Cina untuk semua ahlinya.

Keputusan ini sudah lama dirancang tetapi belum dapat dilaksanakan.

Kami akan memulakan kelas ini dalam bulan Februari 2020 sebagai satu aktiviti baharu kepada ahli PAS Sepanggar pada tahun ini.

Kami juga sedang merancang untuk mengadakan kelas untuk beberapa bahasa tempatan khususnya Kadazan, Dusun, Murut dan Bajau.

Kami menyedari bahawa kepelbagaian bahasa dan bangsa ini adalah sebahagian daripada bukti kekuasaan Allah.

Seharusnya kita yang menjadi masyarakat Malaysia mesti berbangga dengan kepelbagaian ini. Kita tidak boleh menjadi ekstrem dan prejudis terhadap bahasa dan agama lain.

Saya amat yakin semakin banyak bahasa yang kita pelajari lebih baik dan memudahkan untuk kita berkomunikasi dengan masyarakat lain.

ASPAR AKBAR @ OYET
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sepanggar – HARAKAHDAILY 3/1/2020

Advertisement