KPM: Mahathir akan ‘game-over’ kan Anwar

    PELETAKAN jawatan Maszlee, sejujurnya pada saya secara peribadi, adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Bukan bermaksud sudah menjangka, cuma tidak terkejut.

    Hampir kesemua yang berlaku dalam lapangan politik (baca: hampir kesemua), adalah dalam sesuatu yang telah dirancang. Ini adalah lapangan yang penuh dengan onak dan duri. Banyak ramuan yang dicampur ke dalamnya.

    Makanya, apa saja yang berlaku, sebetulnya, sememangnya tidak perlu diterasakan kejut.

    Siapa pengganti Maszlee?

    Terus, setelah Maszlee pergi, siapa pula yang bakal mengisi dan bakal mengandar beban posisi panas itu?

    Selaju angin taufan, ramai yang menyebut-nyebut nama Mustapa sebagai ganti yang cocok.

    Tapi, dia kuat berlatar-belakang ekonomi. Masakan, iya.

    Ada juga yang menyebut nama Mahathir sendiri.

    Tapi agak mustahil.

    Untuk hal itu, juga, selaju angin taufan, hati saya duduk menyebut-nyebut nama Anwar sebagai gerangan gantinya Maszlee.

    Ya, Anwar. Anwar Ibrahim itu.

    Mengapa Anwar?

    Semasa ura-ura rombakan Kabinet sedang kuat berkumandang, Anwar pernah menuturkan: “Tapi, saya tak minta…” sambil dia sengeh tersenyum.

    Itu, katanya kepada media ketika sesi sidang media; yang juga bersamanya ketika itu, Mahathir. Dikatanya sebegitu, ketika ditanya wartawan samada adakah dia juga bakal masuk ke barisan kabinet baru nanti.

    Jelas terang lagi bersuluh… akan niatnya… Sengihnya, cukup menggambarkan.

    Berbalik kepada tajuk kita… Mengapa, Anwar; bukan sosok yang lain?

    Hakikatnya, sepeninggalan Maszlee adalah dengannya masalah-masalah yang sedang ditanggung KPM. Dia meletak jawatan. Bukan dek kejayaan yang total, maka diletaknya jawatan itu. Tetapi dek kerana adanya kelopongan dan kelonggaran dalam misi-misi dan visi-visi yang diusulkannya selama 20 bulan itu. Itu, hakikat yang benar lagi nyata. Yang mendangkal, bermakna dia tahu tiada apa.

    Rata-rata… masalah-masalah itu adalah berkisarkan kepada isu perkauman dan pegangan ekonomi. Satu-satu masalah yang ditinggal Maszlee, adanya akan perkaitan isu-isu tersebut.

    Maka Anwar, dilihat agak cocok untuk mendepani masalah dan isu tersebut.

    Anwar berwatakan plural. Malah, lebih kental lagi dalam dirinya, perwatakan Liberal. (Teringat akan saya di satu sisi akhbar rasmi partinya dahulu, yang mengangkat Anwar sebagai tokoh agung Liberal tanah air.) Hatta, masalah yang berkaitan dengan perkauman, mungkin Anwar dinampak ada penyelesaiannya. Juga, dengan kemesraan hubungan Anwar bersama taikun-taikun, masalah yang berkaitan dengan pegangan ekonomi, Anwar dilihat pilihan yang agak tepat; ke arah mencari dan mencapai titik penyelesaian.

    Pada Anwar, semua sisi, adalah sama saja – sama rata. Itu, pendirian sikap sebegitu, amatlah digemari oleh mereka yang masing-masing ada berkepentingan (dalam bermacam kepentingan).

    Mengapa Anwar (Lagi)? Dan impak kesepakatan Suara Peribumi Melayu

    Tetapi, bagi saya, as personally… ada sebab lain, jika Anwar adalah Menteri KPM yang seterusnya…

    Gerakan dan semboyan suara-suara Melayu, semakin kuat dan teguh dari hari ke hari. Ia adalah sesuatu yang tidak sesiapa pun dapat menafikannya. Sepertimana ketika lapar maka kita perlu makan, begitulah akan benarnya langkah-langkah yang sedang berkembang kukuh itu.

    Ia, sepastinyalah dalam pemerhatian Mahathir… Pasti. Yakin, pasti.

    Justeru, jika benarlah jika gerakan suara-suara itu (antara) akhirnya akan membuahkan hasil ke sehingga penguasaan kerusi-kerusi Parlimen, maka sudah tentulah Mahathir juga tidak mahu ketinggalan dan ditinggalkan belakang.

    Ia soal legasi. Ia soal sejarah. Pokoknya, ia soal nama Mahathir.

    Lantas… dalam perjalanan ke arah itu… sosok Anwar sangatlah dinampak untuk mahu dipastikan agar tiada dalam barisan gerakan suara-suara itu.

    Mengapa? Sebabnya, asasnya, Anwar berwatakan plural lagi Liberal. Ia adalah sesuatu yang (antara) paling tidak boleh ada dalam sanubari dan nafas gerakan suara-suara itu. Tidak sama sekali.

    Jadinya… sesuatu harus dan perlu dilakukan…

    Nah, kekosongan (yang mungkin telah awal dirancang) yang ditinggal Maszlee, adalah mungkin di antara stage-stage untuk meng- game overkan Anwar.

    Ya, Anwar plural dan Liberal. Maka, dia boleh saja lebih terbuka untuk berbicara dengan semua kategori orang. Ya… Ia tertampak manis lagi indah…

    Tapi hakikatnya… keterbukaan yang hampir tiada batas itulah sebenarnya yang akan menghancurkan Anwar.

    Yang saya jangka, jika Anwar mengambil alih jawatan itu, masalah-masalah yang ditinggal akan lebih menjadi bertambah lagi panas. Worst case scenario, isu-isu yang berkaitan dengan perkauman dan kepegangan ekonomi, akan lebih parah (mungkin juga, tidak mustahil, boleh sampai jadi berdarah!). Itu mungkin, sebab, watak Anwar itu sendiri. Dia yang mengepalai. Maka dia yang memandui. Apa saja yang terjadi, maka di atas bahunyalah sebetulnya.

    Akhirnya… Anwar akan dicop sebagai pemimpin yang gagal lagi sampah. Rekodnya akan hancur. Masa-depannya akan kabur. Masakan kerusi Perdana Menteri, kerusi Presiden partinya pun, pasti akan goyah. Akhirnya… Anwar akan ditinggal sejarah.

    Mahathir menang lagi

    Dengan itu… jika itulah yang terjadi… maka kenalah (antara) perancangan yang bermulanya hari ini.

    Mahathir terus memahat namanya. Anwar terus melopong…

    Penamatnya, Mahathir menang lagi…

    PAK TUAH – HARAKAHDAILY 5/1/2020
    PENAFIAN:
    HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

    Advertisement