Masalah menerima ‘sumbangan’ korporat

KINI telah menjadi satu trend agensi kerajaan memohon sumbangan dari syarikat korporat bagi membiayai pelbagai program kerajaan.

Dari satu aspek, memang semua syarikat korporat mempunyai tanggungjawab sosial (CSR) bagi membantu pihak kerajaan. Namun, apabila ia sampai ke tahap agensi kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak korporat, maka ia menjadi suatu ancaman.

Lebih malang bila mana syarikat korporat menjadi penaja kepada parti pemerintah.

Ingatlah dunia politik ini tiada benda percuma atau ‘No free lunch’, oleh itu penajaan sedemikian membuka kecenderungan kepada berlakunya kronisme dan amalan korupsi.

Tindakan Kementerian dan agensi di bawahnya yang bergantung kepada sumbangan badan korporat dilihat menjadi punca wujudnya tekanan syarikat korporat kepada pihak kerajaan.

Barangkali inilah faktor utama yang menyebabkan Menteri Pendidikan terpaksa meletakkan jawatan apabila beliau berani menyusun semula kontrak-kontrak yang tersentuh kroni parti tertentu.

Kerajaan mesti mencari jalan bagi membiayai semua projek Kementerian dan tidak lagi bergantung kepada sumber korporat.

PAS menggesa agar perkara ini dapat dipertimbangkan di dalam akta mengawal dana politik, yang nampaknya perlu disegerakan secepat mungkin untuk membendung kronisme and korupsi yang tidak pernah reda di dalam politik Malaysia.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS – HARAKAHDAILY 5/1/2020

Advertisement